JAIS buat laporan polis susulan provokasi Jamal | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

JAIS buat laporan polis susulan provokasi Jamal

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 15 FEB: Siasatan lanjut sedang dijalankan Kerajaan Negeri berhubung penggunaan van jenazah yang diheret Gabungan NGO Melayu Malaysia ketika demonstrasi di hadapan Bangunan Kerajaan Negeri (SUK), di sini, semalam.

Exco Hal Ehwal Agama, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, tindakan tegas akan diambil jika terdapat pihak dengan sengaja bersengkongkol menjayakan provokasi Datuk Seri Jamal Md Yunos.


“Kerajaan Negeri sudah berbincang berkenaan perkara ini dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sebentar tadi, manakala Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan buat laporan polis dan siasatan akan dilakukan.

“Masjid yang terlibat juga bakal diambil tindakan sewajarnya,” katanya kepada SelangorKini.

Terdahulu, SelangorKini diberitahu sumber bahawa pemandu van terbabit dimaklumkan pihak Jamal kononnya terdapat sesi penggambaran di SUK.

Yunus“Pemandu ini dimaklumkan khidmat mereka diperlukan bagi tujuan sesi penggambaran di SUK dan dibayar pada kadar RM300 seorang.

“Sebaik tiba, lain pula jadinya,” kata sumber berkenaan.

Semalam, Jamal yang juga Ketua Umno Sungai Besar membawa 16 van jenazah menggegar pintu utama SUK.

Tiba kira-kira jam 11 pagi, Jamal dilihat berpakaian seperti penggali kubur dan turut membawa cangkul serta kemudiannya bertindak mengusung keranda.

Beliau mendakwa ia sebagai simbolik penyalahgunaan dana Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Wang Khairat Kematian berjumlah RM200 juta.

Sebelum ini, Jamal juga pernah mencetus provokasi dengan membaling baldi, menyusun katil, malah pernah bertuala sahaja di hadapan pintu masuk SUK.

-AA-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next