Jep Sepahtu dan Sari Yanti langsung pernikahan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Jep Sepahtu dan Sari Yanti langsung pernikahan

PETALING JAYA 25 FEB: Pasangan pelakon Sari Yanti dan Jep (Sepahtu) secara mengejut melangsungkan pernikahan pada pagi Sabtu selepas berteka-teki tentang hubungan sebenar di antara mereka sebelum ini.

Majlis secara tertutup itu diadakan di Dewan Mercu Mustapha Kamal di sini namun pihak media dilarang membuat liputan lapor Mstar Online.

Malah plakad ‘No Media’ turut dilekatkan pada pintu masuk menuju ke lif untuk ke dewan utama yang dikawal ketat oleh penganjur.


Seramai 250 tetamu hadir pada majlis itu.

Dalam pada itu, Sari Yanti, 33, turut memuat naik gambar Jep ketika melafazkan akad nikah dan turut berada dalam gambar itu adalah rakan baiknya, Shuib dan Rahim.

Foto Ihsan Facabook CST PRODUCTION

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next