Selangorkini
BERITA UTAMA SELANGOR

Kebakaran di Subang Jaya ragut empat nyawa

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 6 FEB: Seramai empat individu maut dalam kebakaran rumah teres dua tingkat di Jalan USJ 2, awal pagi ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, identiti kesemua mangsa bagaimanapun masih belum dikenal pasti.

kebakaran kampung pandanKatanya, semua mangsa ditemui selepasbomba selesai memadamkan kebakaran, pada jam 6 pagi.

“Ketika pemeriksaan dilakukan, pasukan bomba menemui dua individu mati dalam bilik tidur pada jam 6.41 pagi dan seorang lagi dalam bilik air.

“Lima minit kemudian seorang lagi mangsa ditemui dalam bilik tidur berasingan,” katanya dipetik Astro Awani.

Sani berkata, rumah berkenaan musnah 80 peratus dan bomba masih menjalankan pemeriksaan menyeluruh bagi mengenalpasti punca kejadian.

“Mangsa dipercayai meninggal dunia akibat terhidu asap tebal,” katanya.

Kebakaran dilaporkan berlaku jam 5.35 pagi sebelum pasukan bomba dan penyelamat Balai Bomba Subang Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian.

-NFN-


Pengarang :