Kerajaan Negeri terus bela nasib nelayan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Kerajaan Negeri terus bela nasib nelayan

OLEH AFIX REDZUAN

SABAK BERNAM, 17 FEB: Kerajaan Negeri menyerahkan bantuan peralatan menangkap ikan kepada 278 nelayan di Daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, antara bentuk bantuan diberikan adalah jaring dan sistem kedudukan sejagat (GPS).


“Nelayan tidak tersisih dengan pembangunan negeri. Tanpa nelayan, masakan kita mampu untuk menikmati ikan.

“Pada 2016, kita memperuntukkan RM1.6 juta untuk memberikan bantuan peralatan menangkap ikan kepada nelayan dan peralatan serta makanan ternakan ikan kepada usahawan Selangor.

CP2A3530-800x533“Bagi 2017, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM1 juta bagi tujuan sama dan dijangka 500 penerima bakal memperolehi manfaat program,” katanya.

Beliau berkata demikian Program Penyerahan Bantuan Nelayan dan Akuakultur Kerajaan Negeri Selangor Daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

Daerah Sabak Bernam menyaksikan 133 nelayan menerima bantuan dengan 17 orang daripadanya menerima bantuan jaring dan selebihnya mendapat GPS.

Sementara di Kuala Selangor, 29 daripada 145 penerima mendapat bantuan jaring manakala selebihnya mendapat GPS.

Secara keseluruhan, terdapat 7,395 nelayan berdaftar di Negeri Selangor.

Pada 2016, 698 nelayan menerima bantuan berbentuk peralatan menangkap ikan dengan peruntukkan RM995,000.

Manakala seramai 168 usahawan akuakultur menerima bantuan peralatan kolam ternakan dan makanan ikan melibatkan peruntukkan bernilai RM600,000.

-nR-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next