Kerajaan Negeri tuntut siasatan bebas kes Balamurugan | Selangorkini


Kerajaan Negeri tuntut siasatan bebas kes Balamurugan

OLEH HAFIZAN TAIB

KLANG, 17 FEB: Kerajaan Negeri menuntut satu siasatan bebas dijalankan berkaitan kes kematian terhadap tahanan, mendiang Balamurugan.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata seharusnya perkara itu mendapat perhatian sewajarnya kerana kes seperti itu banyak dilaporkan berlaku membabitkan tahanan di penjara.


“Kerajaan Negeri menegaskan prinsip ‘rules of law’ mesti dipertahankan dalam sistem perundangan negara kita.

“Sementara kita tidak mahu campur tangan dalam siasatan dijalankan polis, saya ingin tegaskan sebarang kematian dalan tahanan memerlukan tuntutan satu siasatan bebas,” katanya kepada media selepas melawat keluarga Balamueugan di sini, hari ini.

IMG_20170217_175113_245Turut menyertainya, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata, kebanyak kes kematian dikaitkan dengan tahanan kaum India juga seharusnya melahirkan rasa prihatin dan bimbang yang menuntut siasatan bebas juga adil.

“Sememangnya kita mahu pihak bertanggungjawab menjalankan siasatan secara menyeluruh dan membawa mereka terbabit ke muka pengadilan,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, Kerajaan Negeri menyatakan rasa simpati kepada keluarga mendiang dan menghulurkan bantuan perlu selain akan membantu anaknya yang masih di bangku sekolah.

Sementara itu, Dr Wan Azizah berkata, kes berkaitan Balamurugan boleh dipertikaikan kerana diyakini wujud penganiayaan terhadap beliau.

“Ia dikatakan satu bentuk penganiayaan terhadap tahanan apabila Balamurugan didapati meninggal secara mengejut walaupun difahamkan Majistret melepaskan beliau kerana mengalami batuk darah.

“Ia adalah pelanggaran prosedur oleh pihak berkuasa,” katanya.

-nR-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the author

BERITA BERKAITAN

Prev
Next