Kisah penerbit muzik hampir ditembak disangka pengganas IS | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Kisah penerbit muzik hampir ditembak disangka pengganas IS

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 8 FEB : Pernah ditahan dalam sekatan imigresen luar negara dan disangka pengganas Islamic State (IS), itu antara pengalaman getir dikongsikan penerbit muzik, Farihin Abdul Fattah dalam memperjuangkan industri nasyid negara.

“Ya, itu pengalaman yang tidak mungkin saya lupakan ketika menjelajah ke tujuh benua Eropah untuk menyampaikan lagu-lagu kami ketika itu.


“Seingat saya, waktu itu kami memakai jubah putih dan ditahan pihak berkuasa Eropah kerana disangkakan pengganas dan pembunuh.

“Sedangkan hakikatnya tujuan kami cuma satu untuk menyampaikan dakwah menerusi lagu-lagu kami dan menghiburkan masyarakat tempatan dan antarabangsa,” ceritanya.

Tidak terhenti setakat itu, beliau ditahan di lokap selama 48 jam dan diperiksa seluruh anggota tubuh badannya.

Walaupun diuji dengan pengalaman sedemikian, namun iltizamnya untuk mengangkat kembali kegemilangan industri nasyid negara tidak pernah berakhir.

Penerbit album sulung Raihan berjudul Puji-Pujian itu yakin mampu mencetuskan kembali fenomena lagu dakwah dan nasyid di negara ini.

“Walaupun persaingannya sengit, namun jika percaturannya betul ditambah dengan lagu menarik seiring pasaran muzik kini, saya percaya lagu nasyid boleh menarik minat pendengar muda khususnya,” katanya.

Farihin ditemui media pada sidang media Nada Murni jamming session di Sri Acappela Service Apartment, semalam.

Dalam perkembangan lain, Farihin bersama Hijjaz dan Rabbani bakal tampil menerusi penganjuran konsert berskala besar April depan.

Konsert tersebut merupakan usahasama Ijtihad Berhad dan berlangsung dalam empat bahagian siri sepanjang 2017 hingga 2020.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next