Kisah tiga kepahlawanan askar Melayu yang tak didendang | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Kisah tiga kepahlawanan askar Melayu yang tak didendang

Selamatkan 2,000 askar British, India dan Regimen Askar Melayu daripada terkepung

Tiga lagi askar Melayu yang terkorban di samping Leut Adnan Saidi. Siapa mereka dan kenapa nama mereka tidak diketahui sejak 75 tahun yang lalu.

Anak muda hari ini dihidangkan dengan filem filen perang Hollywood yg memaparkan keberanian askar Amerika spt ‘Savings Private Ryan’, ‘Band of Brothers’, ‘The mighty Eight’ dan ‘Hacksaw Ridge’.


Tapi malangnya kita sendiri tidak menghargai kepahlawanan anak watan sendiri kerana tiada usaha untuk mengabadikannya.
——————————–

41 dari 42 Regimen Askar Melayu dari C Coy. 1st & 2nd batalion gugur di Bukit Chandu. Nama 19 pegawai dari 41 orang (selebihnya lain lain pangkat) disenaraikan dalam pic.2.

16708600_10212014331859402_3668908359844701233_n

Tiga orang dari mereka yang namanya tersenarai iaitu Leut Ibrahim Alla Ditta, Leut Yazid Ahmad dan 2nd Leut Mohd Ali bin Syarafat Ali terkorban di Kent Ridge, Bukit Chandu, Pasir Panjang. Mereka bersama Leut Adnan Saidi gugur di benteng terakhir.

Namun ketiga tiga nama yang tersenerai ini telah lebih dahulu menunjukkan keberanian yang tertinggi ketika diberi misi bahaya menyelamatkan hampir 2,000 askar British, India dan Regimen Askar Melayu dari terkepung di Pantai Punggur, Rengit Johor.

Tindakan berani mereka wajar diabadikan dengan tinta emas. Jika 2,000 tentera tertangkap besar kemungkinan mereka akan menerima kesudahan yang sama yg dihadapi oleh askar Australia dan India di Parit Sulong (kesemua lebih 300 orang yang ditawan dibunuh semuanya).

———————–
Penglibatan askar melayu dari D Coy 2nd btn dalam Battle of Muar and Batu Pahat. Peranan askar <elayu (Lt Ibrahim alla Ditta dan LtM Mohd Ali Sharafat yang membantu menyelamatkan hampir 2,000 tentera British
—————————————————————————

72 tahun yang lalu pada 29 January 1942, hampir 2,000 tentera British terperangkap di pantai Punggur, Rengit, Johor. Pasukan ini terdiri dari 15th Indian Bgd, 2nd Cambridgeshire, 5th dan 6th Norfolk, pasukan meriam dari 155th field regiment, dan D Coy 2nd Btn ASKAR MELAYU.

Ya setakat apa yang dikongsikan sebelum ini dalam kempen Malaya, belum lagi disentuh tentang peranan askar Melayu. Sejarah merakamkan askar Melayu dari Coy D terlibat dalam ‘the battle of Muar’ dan bermati-matian mempertahankan kedudukan mereka di Batu Pahat.

Kita mungkin biasa mendengar pertahanan dan heroic stand Leftenan Adnan di Bukit Chandu, Pasir Panjang, Singapura. Namun perlu dirakamkan askar Melayu mempunyai rekod cemerlang dalam beberapa pertempuran di Johor.

16640901_10212014331579395_3346220957986541662_nLt Ibrahim Alla Ditta selaku ketua platun dalam Battle of Muar dianugerahkan Military Cross kerana keberaniannya. Dalam pertempuran di Batu Pahat, 3 orang pegawai melayu telah terlibat iaitu Lt Ibrahim Alla Ditta, Lt Yazid ahmad dan Lt muda Ali Sharafat. (Lt Yazid Ahmad ditawan oleh askar Jepun dan dibawa ke Siam sebagai buruh paksa jalan keretapi maut dan meninggal di sana).

D Coy 2nd Btn Askar melayu ditugaskan untuk menyekat kemaraan Jepun di sepanjang Sg Batu Pahat. Mereka terpaksa berundur ke Pontian pada 20 Januari dan sekali lagi Lt Ibrahim Alla Ditta menunjukkan keberaniannya menyusup ke kawasan musuh untuk mendapatkan maklumat.

Beliau berjaya menyertai semula pasukan tentera British yang terkepung di Pantai Punggor Rengit. Pada masa itulah Lt muda Mohd Ali Sharafat telah menyamar sebagai nelayan dan mengayuh sampan sejauh 32 batu untuk mendapatkan bantuan.

Hasilnya kapal (river boat) HMS dragonfly, HMS Scorpion dan HMS berjaya menyelamatkan hampir 2000 tentera yang terperangkap ke Singapura. (Ketiga tiga kapal ini tenggelam pada 14 Februari dari serangan tentera udara Jepun).

Sejarah penglibatan askar Melayu dalam Battle of Muar and batu Pahat perlu disebut dengan lebih jelas dalam silibus sejarah di sekolah-sekolah.

Kredit kepada catatan ini ditujukan kepada Zafrani Arifin, Shaharom Ahmad dari Malaya Historical group dan blog Putera Lapis Mahang. Rujukan asal dari buku Askar melayu 50 tahun oleh Abdul Samad Idris (bekas MB N.Sembilan)

(gambar menunjukkan Allahyarham Lt Ibrahim Alla Ditta, Pantai Punggor, Rengit tempat di mana hampir 2,000 tentera British di evacuate ke Singapura dari kepungan tentera Jepun dan kapal river boat HMS Dragonfly yang terlibat dalam operasi menyelamat)

Dipetik: Facebook Dr Hafidzi Mohd Noor

* Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor merupakan seorang pencinta dan pengamat sejarah yang prolifik. Berpengalaman menjadi penyelidik bersekutu Kumpulan Penyelidikan Sumbangan Peradaban Arab-IslamTerhadap Masyarakat Melayu Malaysia, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, UKM (2009 – 2010).

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next