Larian UNISEL 2017 dekati masyarakat | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Larian UNISEL 2017 dekati masyarakat

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 16 FEB: Universiti Selangor (UNISEL) akan menganjurkan program Larian UNISEL 2017 bagi mempromosikan universiti terbabit secara dekat kepada masyarakat.

Pengarah Komunikasi Korporat UNISEL, Hasril Abu Hassan berkata, program julung kali diadakan di seluruh daerah Selangor itu adalah agenda Kerajaan Negeri secara khusus.


“Kolaborasi ini bertujuan melihat sejauh mana pelaksanaan di peringkat awal sebelum kita bergerak sendiri yang akan memberi nilai tambah dalam menyalurkan maklumat serta penerangan lebih lanjut kepada komuniti serta segala perkhidmatan lain yang tersedia,” katanya menerusi wawancara dalam sebuah akhbar.

Hasril berkata, larian siri pertama itu akan diadakan pada 11 dan 12 Mac ini bersama Jelajah Generasi Idaman Selangor (GeMS) di Tapak Pasar Pekan Salak, Sepang.

Katanya, selain dari acara larian, wacana, konvoi dan pameran berkenaan UNISEL turut disediakan.

“Larian ini dibahagikan kepada empat kategori utama iaitu kategori terbuka, veteran, 18 tahun ke bawah dan ‘Family Fun Run’.

25“Sebanyak RM5,000 hadiah menanti pemenang. Tambah menarik, UNISEL akan menyediakan hadiah berupa Biasiswa Pengajian bagi kategori bawah 18 tahun lebih RM100,000,” katanya.

Pada masa sama, katanya, pihaknya turut berkampung di kawasan terbabit bagi program tanggungjawab sosial (CSR) antaranya gotong-royong, membersihkan surau dan program anak angkat.

“Menerusi program ini, ia mampu memberi sinergi baru dalam penjenamaan terkini yang dipelopori Naib Canselor, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman menerusi tagline baru UNISEL, ‘Peneraju Transformasi’,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, pendaftaran boleh dilakukan di www.myraceonline.com atau hubungi talian 019-5541902/03-51033888 dan terus kepada UNISEL di talian 012-3401740/03-55223400.

-AA-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next