Mahkamah Syariah simbol perlu dipertahankan | Selangorkini


Mahkamah Syariah simbol perlu dipertahankan

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 24 FEB: Mahkamah Syariah bukan sekadar sebuah medan untuk menguruskan kes mal dan jenayah syariah semata-mata tetapi juga merupakan salah satu institusi membawa simbol agama Islam itu sendiri.

Justeru, Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS), Yang Amat Arif Dato’ Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata institusi terbabit perlu dipertahankan oleh umat Islam itu sendiri.


“Mahkamah Syariah sebagai salah satu simbol Islam itu sendiri. Maknanya semua pihak yang mengaku dirinya Islam, orang beriman kena pastikan supaya Mahkamah Syariah ini satu institusi yang perlu dipertahankan.

“Dalam konteks ini, segala urusan memartabatkan Mahkamah Syariah tidak seharusnya diserahkan kepada Ketua Hakim Syarie dan hakim-hakim Mahkamah Syariah sahaja tetapi harus ada sokongan dan dokongan semua masyarakat termasuklah pengamal media seperti menyalurkan maklumat kepada orang ramai,” kata Mohd Na’im.

Beliau berkata demikian pada Program Ketua Hakim Syarie Bersama Media di Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah, di sini, baru-baru ini.

Dr-Mohd-Naim-Mokthar-Jelasnya, pengamal media dan masyarakat Islam sendiri wajar memainkan peranan bagi menghidarkan persepsi negatif terhadap Mahkamah Syariah.

Bagaimanapun katanya, sokongan dan kepercayaan masyarakat Islam itu penting bagi membantu meningkatkan imej dan sekaligus memperkasakan Mahkamah Syariah itu sendiri.

“Walaupun Mahkamah Syariah berjaya menyelesaikan beribu-ribu kes yang sekaligus membantu mereka terlibat meneruskan kehidupan tetapi tiada yang tampil mempertahankan Mahkamah Syariah, namun apabila silap sekali sahaja, habis heboh satu dunia.

“Mahkamah Syariah sebuah institusi dan dijalankan oleh manusia apabila sudah tentu tidak 100 peratus sempurna tetapi tiada sebab untuk kita tidak berusaha memperbaiki kelemahan yang ada dan memperkasakannya,” katanya.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Mohd Ezli Mashut


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next