MB: Noh pertahan Jamal, mereka ‘spesis’ sama | Selangorkini


MB: Noh pertahan Jamal, mereka ‘spesis’ sama

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG, 17 FEB: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali membidas tindakan Ketua Pemimpin Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos yang memperdaya 15 pemandu van jenazah berdemonstrasi di hadapan kompleks Kerajaan Negeri (SUK), baru-baru ini.

Mohamed Azmin menyifatkan tindakan itu sebagai politik kotor dan tidak berprinsip.


“Kalau nak dakwa atau ada aduan terus ke saluran yang betul.

“Dia boleh dakwa seribu satu macam aduan. Itu perangai UMNO yang kotor dan bangkrap serta tidak berprinsip,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kompleks Sukan Pandamaran, di sini.

AZMINBeliau berkata sikap Jamal itu mirip sikap Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar.

“Sebab itu Noh Omar pertahankan Jamal. Mereka spesis sama sebab itu mereka pertahankan sesama sendiri,” katanya.

Mengulas isu laporan aduan Jamal ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohamed Azmin berkata Kerajaan Negeri bersikap terbuka dan mengalukan siasatan itu.

“Kita amik sikap terbuka sebarang aduan, mereka boleh siasat semua. Kita telus dan berpegang pada prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban.

“Semua boleh lihat, tidak mungkin jika ada rasuah dan salah guna kuasa, Selangor boleh mencapai tahap seperti sekarang, rizab meningkat dan tahap pengurusan kewangan yang kukuh,” katanya.

Mohamed Azmin turut mengingatkan pihak terbabit supaya menghentikan politik kotor dan fokus kepada penderitaan rakyat dikala terbeban dengan kenaikan kos sara hidup ketika ini.

“Tanggungjawab saya nak buat demonstrasi kompaktor, saya mahu selesaikan masalah rakyat. Tanggungjawab dia buat demo van jenazah.

“Kurangkan bercakap, banyakkan bekerja. Bukan seperti pihak sebelah sana,” sindirnya.

JAMALJamal pada Selasa lalu, sekali lagi mencetuskan kekecohan di hadapan pintu masuk bangunan SUK dengan membawa 15 van jenazah, keranda dan berpakaian seperti penggali kubur.

Beliau mendakwa ia sebagai simbolik penyalahgunaan dana Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Wang Khairat Kematian berjumlah RM200 juta.

Sebelum ini, Jamal juga pernah mencetus provokasi dengan membaling baldi, menyusun katil, malah pernah bertuala sahaja di hadapan pintu masuk SUK.

-nR-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the author

BERITA BERKAITAN

Prev
Next