MB puas hati, prestasi KDEBWM urus sampah dipuji | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

MB puas hati, prestasi KDEBWM urus sampah dipuji

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG, 17 FEB: Komitmen Kumpulan Darul Ehsan Berhad Waste Management (KDEBWM) yang direalisasikan dalam usaha pengurusan sisa pepejal di Majlis Perbandaran Klang (MPK) dipuji.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, keberkesanan itu dapat dilihat menerusi prestasi kutipan sisa pepejal dan maklum balas rakyat berpuas hati dengan perkhidmatan itu.


“Maklum balas yang diterima amat baik. Malah, aduan menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) kepada saya turut berkurangan.

AZMIN“Saya difahamkan aduan setiap hari semakin menurun dengan drastik sejak kompaktor baru mula digunakan.

“Malah, purata sampah dibawa keluar dan dibuang ke tapak peluasan Jeram kini sebanyak 650 tan sehari,” katanya di Majlis Pelancaran Smart Trak, Kempen Pengurangan Beg Plastik dan penyerahan Mobile Garbage Bin, di Kompleks Sukan Pandaraman, di sini.

Mohamed Azmin berkata, tindakan KDEBWM itu terbukti serius membantu Kerajaan Negeri menangani isu sampah di Selangor.

“Penggunaan teknologi dan sistem pemantauan pintar ini adalah satu inisiatif terpuji dan selari dengan agenda Kerajaan Negeri ke arah Smart State,” katanya.

Beliau berkata kebersihan amat dititik beratkan sebagai cerminan peradaban sesebuah negeri dan Kerajaan Negeri komited menguruskan sisa pepejal dengan efisyen, efektif dan sistematik.

“Kebersihan merupakan salah satu indikator dalam menentukan tahap kemajuan sesebuah negeri.

IMG_20170217_170528_330“Aspek ini menjadikan agenda utama pentadbiran kita dan tahun ini saya memperuntukkan sebanyak RM45 juta kepada KDEBWM untuk menambah baik dan mempertingkatkan lagi pengurusan sisa pepejal,” katanya.

Pada masa sama, Mohamed Azmin berharap perluasan pelaksanaan di Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Majlis Perbandaran Selayang oleh KDEBWM dapat dilaksanakan dengan bertanggungjawab.

“Saya meletakkan harapan dan saya mahu KDEB berjaya laksanakannya,” katanya.

Dalam majlis itu, sebanyak 1,500 tong sampah Mobile Garbage Bin (MGB) 120 liter turut diserahkan kepada MPK untuk diedarkan kepada Ahli Majlis dan Ketua Kampung.

MGB itu disumbangkan oleh KDEBWM secara percuma sebagai salah satu daripada tanggungjawab sosial korporat.

-nR-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next