Selangorkini
PBT SELANGOR

MPK tandatangani Ikrar Bebas Rasuah

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG, 28 FEB: Selepas Majlis Perbandaran Selayang (MPS), kini Majlis Perbandaran Klang (MPK) pula akan menandatangi Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

Ia sekaligus menjadikan MPK sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kedua di Selangor menyahut seruan Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM).

Yang DiPertuanya, Dato’ Mohamad Yasid Bidin berkata, IBR merupakan komitmen individu dan merupakan mekanisme dalam memastikan integriti pemimpin.

“Orang yang dipimpin terpelihara dan mewujudkan suasana kerja yang bebas daripada rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa,” katanya di mesyuarat bulanan, di Dewan Raja Mahadi, di sini.

Beliau berkata IBR itu akan ditandatangani oleh Ketua Jabatan dan Kumpulan Pengurusan serta profesional MPK.

Majlis bacaan IBR itu akan diadakan pada 1 Mac di Mini Auditorium, Pejabat Cawangan Jalan Tengku Kelana.

Seramai 74 orang terdiri daripada Ketua Jabatan dan Kumpulan Pengurusan serta Profesional dan 26 Ahli Majlis MPK akan menandatangani IBR itu.

Terdahulu, MPS menandatangani IBR pada 13 Februari lalu.

Yang Dipertua MPS, Suliman Abdul Rahman mengetuai lafaz ikrar dan menandatangani IBR sambil disaksikan Pengarah SPRM Selangor, Dato’ Wan Ramli Wan Abdullah bersama 43 pegawai kanan MPS.

=EZY=


Pengarang :