Muat turun aplikasi iClean Selangor 2 di App Store | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Muat turun aplikasi iClean Selangor 2 di App Store

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 17 FEB: Aplikasi iClean Selangor 2 boleh dimuat turun di App Store pada suku tahun ini bagi meningkatkan medium aduan rakyat melaporkan masalah sisa pepejal.

Sistem dipantau menerusi kaedah real time monitoring itu mampu mengesan lokasi aduan selain memudahkan pemantauan dan mempercepatkan tindakan pematuhan itu sebelum ini hanya boleh dimuat turun oleh di google play store.


Pengurus Besar KDEBWM, Ramli Mohd Tahir berkata, sejak dilancarkan Julai lalu, aduan yang diterima sehari melalui aplikasi itu berkurangan setiap bulan.

RAMLI TAHIR“Hal itu kerana kontraktor yang dilantik menyelesaikannya dalam masa 24 jam,” katanya.

Katanya, setakat Januari, sebanyak 40 aduan yang diterima berbanding Ogos lalu iaitu 244.

Ia mencatatkan penurunan setiap bulan iaitu Ogos (244), September (123), Oktober (73), November (50), Disember (47) dan Januari 2017 (40).

“KDEBWM berjaya menyelesaikan 100 peratus masalah kutipan sisa domestik di kawasan Majlis Perbandaran Klang (MPK).

“Kadar kutipan sampah juga meningkat dan mencecah 650 hingga 700 tan sehari,” katanya.

KDEBWM turut menerima aduan dari penduduk setempat melalui telefon, whatsapp, sms, email, fax dan sistem aduan rakyat selangor.

Pada masa sama, beliau berkata pihaknya akan mula mengambil alih kutipan pembersihan awam di 19 kawasan MPK membabitkan sapuan jalan, potong rumput, sampah kebun, sampah pukal dan pasar.

Sementara itu, katanya, KDEBWM kini dalam penilaian memperoleh pensijilan standard antarabangsa ISO.

-nR-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next