Pendaftaran Peduli Siswa mula dibuka hari ini | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Pendaftaran Peduli Siswa mula dibuka hari ini

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 1 FEB: Anak Selangor yang menuntut di universiti awam diharap tidak melepaskan peluang menyertai Program Khas Peduli Siswa.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sejumlah RM10 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi membiayai pengajian menerusi pinjaman tanpa faedah.


Katanya, ia juga berbentuk pinjaman boleh ubah berdasarkan kecemerlangan akademik menerusi pencapaian Prestasi Nilai Gred Kumulatif (PNGK) akhir pelajar.

“Melalui Belanjawan Selangor 2017, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan inisiatif baru ini bagi membantu anak Selangor yang ingin menyambung pelajaran di universiti awam.

“Universiti berkenaan adalah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kampus Selangor,” katanya.

Pendaftaran Program Khas Peduli Siswa dibuka bermula hari ini (1 Februari 2017) hingga 28 Februari 2017.

Nik Nazmi berkata, pinjaman turut disediakan bagi anak Selangor yang menuntut di universiti awam selain UIA, UITM, UPM dan UKM Kampus Selangor mahupun penuntut universiti swasta seluruh negara.

“Kerajaan Negeri tawarkan Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Sesi Pertama 2017 yang turut dibuka bermula 1 hingga 28 Februari 2017,” katanya.

Untuk permohonan dan maklumat lanjut, orang ramai boleh layari portal rasmi Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor di http://tkwbns.selangor.gov.my.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next