Penggiat seni ‘kecewa’, industri penyiaran TV negara hilang nilai | Selangorkini


Penggiat seni ‘kecewa’, industri penyiaran TV negara hilang nilai

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 14 FEB : Industri penyiaran negara didakwa semakin hilang kegemilangannya susulan wujudnya sikap sesetengah penggiat seni yang gagal memahami etika dan nilai seni itu sendiri.

Pengarah dan Penerbit, Zaki Abdul Rahim berkata, nilai penyiaran televisyen negara berada padang tahap terendah ekoran kurangnya pengetahuan penggiat industri terhadap peranan sebenar mereka dalam memajukan industri.


Beliau merujuk situasi tersebut dalam sebuah rancangan hiburan yang disiarkan stesen televisyen swasta dan menampilkan pengacara rancangan televisyen yang tidak dinamakan dan selebriti baru, Irfan Haris.

“Panjangnya temu bual artis baru dengan soalan panggilan telefon yang beku.

“Betapa nilai tinggi siaran televisyen (negara) telah dimurahkan,” katanya di Facebook.

UntitledDalam rancangan tersebut, beliau berkata pengacara terbabit mengajukan soalan rendah nilai dan kurang bermanfaat kepada tatapan umum.

Dilaporkan katanya, antara soalan ditanya;

“Ada kekasih tak? Guru bagi sokongan tak? (merujuk penglibatan artis dalam dunia hiburan),” tulisnya lagi.

Catatan tersebut turut mengundang reaksi sama pengguna netizen yang mengaitkan stesen televisyen negara kini lebih mengutamakan program komersial dan kurang bermanfaat kepada umum.

Zaki sebelum ini pernah tampil menerbitkan dokumentari Majalah 3 dan jejak rasul sekitar lewat 90 an dan 2000.

Sementara itu, melahirkan kekecewaan sama, Penulis Skrip Drama Terbaik – ‘Perempuan’, Anugerah Seri Angkasa 2010, Siti Jasmina Ibrahim pula turut mempertikai sikap sesetengah produksi filem yang merendahkan penghasilan skrip cereka di televisyen.

Beliau mendakwa, wujudnya individu yang merendahkan nilai perjuangan dan pendapatan penulis skrip menerusi pembayaran dikatakan tidak setimpal dengan hasil karya mereka.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the author

BERITA BERKAITAN

Prev
Next