Selangorkini
NASIONAL

Polis belum pasti suspek sembunyi di Kedutaan Korea Utara

SHAH ALAM, 23 FEB: Polis belum dapat mengesahkan dakwaan dua suspek yang dicari membantu siasatan pembunuhan Kim Jong-nam sedang ‘bersembunyi’ di Kedutaan Korea Utara, di sini,’ kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“Kita tidak pasti sama ada dia bersembunyi di kedutaan atau tidak. Kita panggil dia untuk bantu siasatan. Kita tunggulah jawapan,” katanya lapor Bernama.

Terdahulu, media asing melaporkan kedua-dua suspek dikenali sebagai Hyon Kwang Song, 44, dan Kim Uk Il, 37, dipercayai ‘bersembunyi’ dalam bangunan kedutaan.

Kedua-dua mereka bersama suspek ketiga dikenal pasti sebagai Ri Ji U, 30, juga dikenali sebagai James, dipercayai masih berada di negara ini. Keberadaan Ji U juga tidak diketahui.

Kwang-song ialah Setiausaha Kedua di kedutaan dan Uk Il ialah kakitangan syarikat penerbangan Korea Utara Koryo Air, kata Khalid pada sidang media sebelumnya.

Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, meninggal dunia selepas diserang pada 13 Februari oleh dua wanita yang dilaporkan menyapu mukanya dipercayai cecair beracun.

(FILES) This file photo taken on May 4, 2001 shows an immigration officer (L) escorting Kim Jong-Nam, son of North Korean leader Kim Jong-Il, getting off a bus to board an ANA905 (All Nippon Airways) airplane at Narita airport near Tokyo. Kim Jong-Nam, the half-brother of North Korean leader Kim Jong-Un has been assassinated in Malaysia, South Korea's Yonhap news agency said on February 14, 2017. / AFP PHOTO / TOSHIFUMI KITAMURAEkoran serangan itu, polis Malaysia menahan empat suspek – seorang wanita menggunakan pasport Vietnam, seorang wanita warga Indonesia, seorang lelaki rakyat Malaysia dan seorang lelaki warga Korea Utara.

Lelaki warga Malaysia itu dibebaskan dengan jaminan polis.

Sebelum itu, dilaporkan polis sedang memburu tujuh suspek rakyat Korea Utara, empat daripada mereka dikatakan meninggalkan Malaysia pada hari Jong-nam diserang semasa menunggu untuk menaiki penerbangan ke Macau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Jong-nam tiba di Malaysia pada 6 Februari dan menggunakan pasport tertera nama Kim Chol.

-AA-


Pengarang :