Program jahit bantal PWB tingkat kemahiran kraftangan | Selangorkini


Program jahit bantal PWB tingkat kemahiran kraftangan

SHAH ALAM, 22 FEB: Seramai 30 wanita mengikuti Program Menjahit Bantal Kekabu bagi meluaskan kemahiran mereka dalam sektor kraf tangan.

Exco Kesihatan,Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr. Daroyah Alwi berkata, progam merupakan anjuran Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Bukit Antarabangsa, bertempat di Dewan Sri Melor, Ampang, 20 Februari lalu.

“Program bermula seawal jam 10 pagi dengan kehadiran seramai 30 peserta wanita dari kawasan DUN itu yang diseliakan Penyelia PWB DUN Bukit Antarabangsa, Zawiyah Wan Daud.


“Program ini juga diadakan bertujuan untuk mendedahkan cara betul menjahit bantal kekabu,” katanya dalam kenyataan.

Daroyah juga mengharapkan selain meningkatkan kemahiran, program anjuran PWB itu juga dapat merapatkan silaturahim dan membantu suri rumah dalam menjana pendapatan sampingan.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the author

BERITA BERKAITAN

Prev
Next