Ringgit dijangka stabil penghujung suku keempat | Selangorkini


Ringgit dijangka stabil penghujung suku keempat

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 16 FEB: Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan ringgit dan semua mata wang utama serta serantau menyusut nilai berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sebaliknya mulai stabil menjelang akhir suku keempat apabila pasaran kewangan global semakin stabil.

Menurutnya, penyusutan nilai pada akhir suku keempat didorong aliran keluar pelaburan portfolio daripada ekonomi sedang pesat membangun dalam keadaan ketidakpastian berbangkit daripada keputusan Pilihan Raya Presiden AS.


“Jangkaan bahawa kadar faedah akan meningkat, kenaikan sebenar dalam kadar dasar Federal Reserve (Fed) AS pada bulan Disember 2016, serta jangkaan bahawa kadar faedah AS akan kembali ke paras wajar dalam tempoh yang lebih cepat pada tahun 2017 memburukkan lagi aliran keluar portfolio dan terus menambah tekanan terhadap kebanyakan mata wang utama dan serantau.

“Ringgit juga menghadapi pelarasan tambahan pada suku itu berikutan kegiatan spekulasi dalam pasaran kontrak hadapan tanpa serahan (non-deliverable forward contract, NDF),” katanya.

ringgitKatanya, pelaksanaan langkah membangun, memperdalam dan menangani ketidakseimbangan semakin nyata dalam pasaran pertukaran asing domestik, dan harga minyak mentah dunia lebih kukuh juga menjadikan pasaran pertukaran asing domestik lebih stabil menjelang akhir suku tersebut.

Secara keseluruhan, ringgit menyusut nilai sebanyak 7.6 peratus berbanding dengan dolar AS, euro (-1.6 peratus), paun sterling (-2.4 peratus) dan dolar Australia (-2.5 peratus), tetapi menambah nilai berbanding dengan yen Jepun (6.3 peratus) pada suku keempat.

Ringgit juga menyusut nilai berbanding dengan semua mata wang serantau, kecuali won Korea antara 2.1 peratus hingga 5.6 peratus.

-nR-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Naeem Raffi


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next