Selangor sambut baik Program Nyamuk Wolbachia | Selangorkini


Selangor sambut baik Program Nyamuk Wolbachia

OLEH DR DAROYAH ALWI

Kerajaan Negeri menyambut baik usaha yang akan dilaksanakan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) bagi menjalankan program ‘Wolbachia’ dalam usaha menurunkan kes demam denggi di negeri Selangor.

Wolbachia merupakan agen kawalan biologi yang akan disuntik ke dalam telur-telur nyamuk Aedes yang dilihat mampu mengekang penularan virus yang dibawa vektor berkenaan seperti Denggi, Zika dan Chikungunya.


Sebagai sebuah negeri yang mengutamakan kesejahteraan rakyat, kita tiada halangan untuk memberi kebenaran kepada IMR bagi menjalankan program nyamuk berWolbachia di Selangor.

16472917_10208480833398731_4134402435250963519_nWalau bagaimanapun, ia memerlukan penyelarasan yang bersepadu di semua peringkat sama ada Negeri mahupun Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terlibat.

Sebagai contoh, adakah program pelepasan nyamuk berWolbachia ini akan terganggu dengan kaedah kawalan dan pencegahan sedia ada yang dilaksanakan PBT dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) seperti semburan kabus, larvisiding dan semburan Aerosol di dalam rumah?

Perbincangan lanjut perlu dilaksanakan di antara pihak IMR dan PBT terlibat bagi memastikan kaedah yang diguna pakai oleh semua pihak selari dengan usaha yang dijalankan.

Kunjungan hampir dua jam pihak IMR yang diketuai oleh Dato’ Dr Fadzilah Kamaludin hari ini memberi penerangan lanjut tentang program yang bakal dilaksanakan itu.

Beliau juga memaklumkan kajian ini telahpun dilakukan ke beberapa buah negara lain lebih lima tahun dan telahpun berjaya memperlihatkan hasil tanpa sebarang kesan sampingan.

Program ini akan mula dilaksanakan di Seksyen 7 (Shah Alam) dan AU2 (Keramat). Pemilihan dua lokasi ini adalah berdasarkan faktor kekerapan berlakunya hotspot di kawasan berkenaan.

Selain daripada itu, program yang dijalankan juga perlu dihebahkan dan mendapat kerjasama serta penglibatan masyarakat setempat demi mencapai sasaran yang digariskan.

Penglibatan pimpinan masyarakat tempatan juga mampu memberi impak positif di sesebuah kawasan.

*DR DAROYAH ALWI adalah Exco Kesihatan Negeri Selangor.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the author

BERITA BERKAITAN

Prev
Next