Smart Trak wujud entiti perniagaan lebih sistematik | Selangorkini


Smart Trak wujud entiti perniagaan lebih sistematik

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG, 17 FEB: Pelaksanaan program Smart Trak mampu mewujudkan entiti perniagaan yang tersusun dan teratur ke arah perniagaan lebih bersistematik.

Yang DiPertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Dato’ Mohamad Yasid Bidin berkata, Smart Trak merupakan salah satu aktiviti yang digemari masyarakat ketika ini dengan mewujudkan konsep segera, kemas dan mudah alih serta mesra pelanggan.


“Program ini dijalankan susulan daripada Program Pelancaran Garis Panduan Trak Bergerak yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri sebelum ini.

IMG_20170217_170737_109“MPK proaktif menganjurkan program ini bersekali dengan Kempen Pengurangan Pembungkus Makanan dari bahan terurai,” katanya ketika merasmikan program terbabit di Kompleks Sukan Pandamaran, di sini.

Yasid berkata di peringkat MPK, program itu bertujuan memberi penerangan tentang garis panduan kepada orang awam terutamanya peniaga sedia ada yang ingin menjalankan perniagaan berkonsepkan Smart Trak.

“Saya ingin menyarankan peniaga supaya mengambil kira pelbagai aspek seperti persekitaran, lokasi, masyarakat sekeliling dan tidak menimbulkan gangguan kepada komuniti sebelum aktiviti dijalankan,” katanya.

Sebanyak 30 trak makanan bergerak mengambil bahagian dalam program itu sepanjang tiga hari berlangsung.

Yasid menyarankan, peniaga supaya mengambil peluang menyertai bantuan pembiayaan daripada agensi penggalak iaitu MARA, FAMA, TEKUN, ZAKAT dan Hijrah Selangor bagi membantu peniaga yang ingin menjalankan perniagaan menggunakan konsep itu.

Sementara itu, Yasid berkata kempen pengurangan penggunaan beg plastik diadakan bertujuan menggalakan dan meningkatkan pengetahuan tentang kepentingan pemeliharaan alam sekitar melalui amalan hijau.

Ia juga selaras konsep penggunaan dan pengeluaran mampan khususnya kepada pengusaha makanan dan penduduk Klang.

“Kempen yang berkenaan menerapkan nilai-nilai murni kepada masyarakat melalui amalan membawa bekas makanan dari rumah atau alternatif lain menggunakan pembungkus makanan dari bahan yang mudah urai,” katanya.

-nR-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Naeem Raffi


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next