Selangorkini
BERITA UTAMA SELANGOR

Sultan, Permaisuri julung kali berangkat serikan sambutan Tahun Baru Cina PAKATAN

KLANG, 6 FEB: Sambutan Tahun Baru Cina peringkat Selangor kali ini lebih berseri apabila Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin julung kalinya berkenan untuk mencemar duli berangkat ke majlis yang diadakan PAKATAN di Kompleks Sukan Pandamaran, malam tadi.

Sultan Tahun Baru Cina (3)Keberangkatan tiba pasangan diraja itu disambut Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, barisan Exco Kerajaan Negeri dan tetamu kehormat lain.

Dalam majlis itu, baginda berdua turut berkenan bertemu dan bersalaman dengan rakyat yang hadir.

Sementara itu, majlis yang dihadiri lebih 10,000 rakyat itu turut dihiburkan dengan pelbagai persembahan termasuk kebudayaan masyarakat Cina, tarian singa dan naga.

Selain disediakan pelbagai juadah istimewa, kanak-kanak yang hadir turut diberikan ang pow.

Majlis anjuran Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Pengangkutan bersama Invest Selangor itu turut dihadiri Exconya, Dato’ Teng Chang Khim dan beberapa Ahli Dewan Negeri.

-NFN-


Pengarang :