‘Terima Kasih’ Jamal ‘promosikan’ SMUE | Selangorkini


‘Terima Kasih’ Jamal ‘promosikan’ SMUE

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 15 FEB : Kerajaan Negeri ‘menghargai’ peranan dimainkan Pemimpin Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos walaupun terus melakukan provokasi terhadap pentadbiran negeri.

Exco Kebajikan, Kesihatan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, provokasi Jamal itu sekali gus membantu Kerajaan Negeri mempromosikan dasar kebajikan dilaksanakan di negeri ini.


“Terima kasih Jamal kerana membantu Kerajaan Selangor mempromosikan (program) Skim Mesra Usia Emas (SMUE),” sindir Daroyah di Twitter.

Dalam catatannya juga, Daroyah turut menampilkan kenyataan berhubung perbelanjaan sebenar membabitkan pelaksanaan skim itu mengikut setiap daerah di Selangor.

“Untuk 2016, Kerajaan Negeri menyalurkan sejumlah RM189,936,500,00 kepada 77,080 warga Selangor di bawah skim ini,” katanya.

Beliau berkata, daerah Petaling mencatatkan perbelanjaan paling tinggi dengan (RM46,227,500), Klang (RM33,072,500), Hulu Langat (RM32,279,500), Gombak (RM24,547,000), Kuala Selangor (RM13,186,000) dan Sabak Bernam (RM12,931,000).

Sementara bagi daerah Kuala Langat dengan jumlah perbelanjaan RM11,593,000, Hulu Selangor (RM9,663,000) dan Sepang (RM5,537,000).

Semalam Jamal juga pemimpin Umno itu mengadakan demostrasi di hadapan perkarangan kompleks Kerajaan Negeri (SUK) kononnya mempertikai peruntukan SMUE berjumlah RM200 juta yang didakwa dicampur dengan skim khairat kematian negeri.

Seperti kelazimannya, demostrasinya kali ini turut menimbulkan provokasi melampau dengan membuat gimik van jenazah, keranda serta berpakaian seperti penggali kubur.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Mohd Ezli Mashut


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next