Selangorkini
SELANGOR

Terminal Bas Seksyen 17 bakal beroperasi April ini

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 1 FEB: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjangkakan Terminal Bas Seksyen 17, di sini akan mula beroperasi, pada April depan.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, sokongan teknikal daripada agensi luar akan diperolehi terlebih dahulu setelah kerja naik taraf siap, hujung Februari ini.

“Kerja naik taraf dijangka siap hujung Februari. Selepas itu, sokongan teknikal daripada agensi luar seperti bomba, Indah Water Konsortium (IWK) dan sebagainya perlu diperolehi untuk mendapatkan Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).

“Jika semua perancangan disempurnakan, terminal bas dijangka beroperasi pada April ini,” katanya.

Terminal bas baru itu dilengkapi ruang menunggu, tandas awam, surau, kedai makan, kedai runcit, kaunter tiket, ruangan bas dan teksi.

Berkenaan status Terminal Bas Sementara di Seksyen 13, Shahrin berkata, MBSA tidak membunyai sebarang perancangan buat masa ini, namun berpandangan ia mungkin ditutup sejak dipindahkan, pada 15 Disember 2014.

-AA-


Pengarang :