Tiga kebimbangan utama menuju TN50 | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Tiga kebimbangan utama menuju TN50

OLEH Yeo Bee Yin

Dalam ucapannya di Persidangan Kepimpinan dan Aspirasi Nasional, Menteri Belia dan Sukan merangkap Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata bahawa kebimbangannya yang paling besar menuju Transformasi Negara 2050 (TN50) adalah cara fikir, sikap dan kesedaran sivik rakyat Malaysia.

Saya rasa ini menarik, bahawa antara begitu banyak cabaran yang kita hadapi sebagai sebuah negara, ini rupa-rupanya yang menjadi kebimbangan terbesar beliau dalam rangka transformasi negara.


Memandangkan TN50 adalah bersifat konsultatif, berikut adalah tiga kebimbangan terbesar saya tentang Malaysia menjelang 2050, untuk rujukan pihak menteri.

Kebimbangan Pertama: Kleptokrasi dengan demokrasi yang kian goyah

Demokrasi Malaysia kian goyah – wujud penipuan dalam pilihanraya, institusi yang memastikan pemisahan kuasa telah rosak dan kebebasan bersuara disekat.

Goyahnya demokrasi telah mengundang kelahiran kleptokrasi dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

The Economist dengan cemerlangnya telah menanggapi hal ini dalam perenggan awal salah satu rencananya tentang Najib Razak dan skandal 1MDB,

“A round of applause, ladies and gentlemen. Any typical leader of a typical democracy, when found with nearly $700m of ill-explained money from an unnamed foreign donor in his accounts, would experience a swift and fatal fall. Yet, nearly two years after news first broke that Najib Razak’s bank balance had been thus plumped up, his high-wire act continues.”

“Fenomena Najib Razak” tidak wujud sekelip mata, ia malah merupakan hasil demokrasi yang tidak berfungsi dan telah hilang upaya semak-imbang. Demokrasi kita bukan lagi sebuah “demokrasi biasa”.

Dalam demokrasi biasa, perubahan kerajaan adalah suatu kemungkinan dalam setiap kitaran pilihan raya. Malaysia kekal sebagai salah satu daripada negara-negara demokrasi di dunia yang tidak mengalami perubahan kerajaan.

spr-660x471-1Perwakilan tidak sekata dalam sempadan pilihan raya (gerrymandering) memberi Barisan Nasional (BN) kelebihan pilihanraya yang besar. Walaupun kalah undi popular kepada pembangkang, BN memenangi pilihan raya umum yang lepas dengan 60% kerusi Parlimen dengan bantuan daripada persempadanan kawasan pilihanraya yang tidak adil.

Lebih teruk lagi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencadangkan satu pelan persempadanan semula kawasan pilihan raya pada bulan September 2016 yang akan memberi lebih banyak kelebihan lagi kepada BN.

SPR, sebagai satu-satunya institusi yang sepatutnya menjamin perjalanan pilihan raya yang bebas dan adil di Malaysia, sedang giat menjalankan operasi gerrymandering secara terang-terangan untuk memastikan kemenangan parti pemerintah!

Apabila SPR tidak bebas dan pilihan raya boleh ditipu, kerajaan yang dipilih tidak lagi akan takut kepada rakyat.

Dalam demokrasi biasa, terdapat pemisahan kuasa yang sebenar. Sejak skandal ‘derma’ RM 2.6 bilion Perdana Menteri bermula, mantan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas bos Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohammed, yang sejak awal mengetuai siasatan skandal di agensi masing-masing, telah tidak lagi memegang jawatan tersebut.

Manakala Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan, yang sepatutnya mengetuai penelitian legislatif ke atas cabang eksekutif kerajaan, telah dinaikkan pangkat menjadi timbalan menteri dan digantikan dengan Pengerusi PAC “cari makan” Datuk Hasan Arifin.

Institusi yang sepatutnya bertindak secara bebas untuk menyediakan semak-imbang terhadap kuasa eksekutif telah dikuasai (atau ‘dibeli’ dalam kes Nur Jazlan) oleh Putrajaya.

Dalam demokrasi biasa, wujud kebebasan bersuara. Walau bagaimanapun, ia kian ditindas di Malaysia. Malaysia terus berada pada kedudukan 140 lebih, dalam kalangan kira-kira 180 buah negara dalam Indeks Kebebasan Akhbar bagi tahun-tahun kebelakangan ini.

Berbekalkan Akta Mesin Cetak, kerajaan telah bertindak menggantung lesen percetakan media yang melaporkan berita yang tidak memihak kepada mereka seperti akhbar The Heat selepas ekoran edisinya dengan tajuk muka depan “All eyes on big-spending PM Najib” pada bulan Disember 2013 dan kemudian akhbar The Edge ekoran pendedahan mengenai skandal 1MDB pada Julai 2015.

Daripada memansuhkan Akta Hasutan seperti yang dijanjikan pada tahun 2012, Najib Razak menggunakan undang-undang yang menindas ini untuk menghancurkan suara-suara yang membantahnya.

Selepas kalah undi popular dalam pilihan raya umum lepas, undang-undang tersebut telah kerap disalahguna dengan lebih daripada 176 kes hasutan direkodkan sejak 2013 berbanding sekitar 30 kes antara tahun 2009 hingga 2012.[i]

Oleh itu kebimbangan pertama saya ialah bagaimana kita membina semula demokrasi bagi membolehkan pilihan raya yang bebas dan adil berlangsung, wujudnya pemisahan kuasa yang sebenar serta kebebasan bersuara untuk memastikan tidak ada kerajaan kleptoratik akan berpeluang dipilih semula dalam Malaysia, tetapi sebaliknya sebuah kerajaan milik rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat.

 

Kebimbangan 2: Struktur Ekonomi yang Membimbangkan

Ekonomi Malaysia telah tersekat dalam perangkap pendapatan sederhana selama lebih daripada satu dekad. Bank Dunia mendapati bahawa ekonomi Malaysia tidak menunjukkan peningkatan dalam mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi dan pertengahan (iaitu pekerjaan bergaji tinggi) sejak tahun 2001.[ii]

Peratusan daripada jumlah pekerjaan rendah, pertengahan dan pekerjaan berkemahiran tinggi adalah 10.6%, 65% dan 24.3% pada tahun 2001, dan 12.7%, 62.1% dan 25.2% pada tahun 2014[iii].

Walaupun peratusan pekerjaan berkemahiran tinggi meningkat kurang daripada 1% dan peratusan pekerjaan pertengahan mahir sebenarnya menurun 3% dalam tempoh 14 tahun, pekerjaan berkemahiran rendah sebaliknya meningkat sebanyak 2%!

VIEW OF THE NORTHPORT. ATTD ROMEO FOR 9TH MALAYSIA PLAN *** Local Caption *** The slump in US technology-related demand, where new US orders fell a sharp 4.7% in June from May, had affected electrical and electronic exports ***************************************************************************************** Economy seen growing 5%–6% A filepic showing containers at Northport. Malaysia's export markets are increasingly diversified, with almost 54% of total exports going to the Asian ex-Japan economies compared with 46.2% in 2001. 20080327 StarBiz Pg12 - Yan

Ini jelas menunjukkan bahawa ekonomi kita tidak mampu untuk bergerak ke atas rantaian nilai daripada ekonomi intensif-buruh kepada ekonomi yang didorong oleh inovasi dan ekonomi berasaskan pengetahuan.

Adalah mustahil untuk Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi tanpa mengatasi masalah struktur ekonomi semasa yang terlalu bergantung kepada pekerja kurang mahir yang dibayar murah dan kelompangan pekerjaan dengan kemahiran pertengahan.

Di samping itu, kesenjangan ekonomi semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia. Walaupun pekali Gini Malaysia telah menunjukkan peningkatan, dengan kejatuhan dari 0.46 dalam 2004 ke 0.40 pada tahun 2014, banyak petunjuk kesenjangan lain mencadangkan sebaliknya[iv].

Sebagai contoh, bahagian 1% terbesar daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memegang 15% daripada jumlah simpanan KWSP manakala bahagian 50% terbawah hanya memegang sekadar 8% daripada jumlah simpanan KWSP.

Kekayaan 40 terkaya telah berkembang dari 15.7% daripada KDNK pada tahun 2006 kepada 22% daripada KDNK pada tahun 2012 dengan bahagian 1% mempunyai 22 kali lebih kuasa membeli berbanding jumlah 40% terbawah[v].

Petunjuk lain seperti pengumpulan aset, saham unit amanah atau jualan kereta mewah, semuanya menunjukkan trend pemusatan kekayaan ke puncak piramid ekonomi.

Oleh itu kebimbangan kedua saya ialah bagaimana kita mewujudkan ekonomi yang cemerlang dan makmur yang berfungsi untuk semua rakyat di negara ini, bukan golongan elit sahaja.

 

Kebimbangan 3: Sistem pendidikan yang kian lumpuh

Pendidikan adalah tulang belakang sesebuah negara kerana ia mempersiapkan generasi akan datang yang bakal memacu ekonomi dan memimpin negara.

Walau bagaimanapun, Malaysia terus berada pada kedudukan satu pertiga terbawah dalam Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA), penilaian antarabangsa yang dibuat 3 tahun sekali bagi pelajar berusia 15 tahun dalam subjek matematik, membaca dan sains.

Malaysia telah mengambil bahagian dalam PISA sejak 2009 dan kita telah mencatatkan pencapaian di bawah purata global sejak itu, kedudukan 55 daripada 74 negara pada tahun 2009 dan 52 daripada 65 negara pada tahun 2012.

universitiNamun disaat apabila kita merasakan telah mencapai beberapa peningkatan pada 2015, mencapai skor 446 dalam matematik, 431 dalam membaca dan 443 dalam bidang sains berbanding 421, 398 dan 420 masing-masing pada tahun 2012, kita mendapati bahawa keputusan itu tidak diiktiraf oleh PISA kerana kadar tindak balas data Malaysia hanya 51%, kurang daripada keperluan 85% PISA.

Malaysia menjadi satu-satunya negara di kalangan 72 negara yang mengambil bahagian dalam PISA yang digugurkan daripada kedudukan rasmi.

Adalah jelas bahawa sekolah-sekolah yang mengambil bahagian dalam PISA adalah lebih-diwakili oleh sekolah berprestasi tinggi, menimbulkan kesangsian besar bahawa kerajaan Malaysia telah cuba untuk menipu bagi mendapatkan skor PISA yang lebih tinggi! [vi]

Lebih menyedihkan, walaupun dengan keputusan buatan ini, kita masih ketinggalan dalam skor purata global sebanyak 490 dalam matematik dan 493 untuk kedua-dua membaca dan sains. [vii]

Bagaimana kita boleh menjadi 20 negara teratas dunia dalam tahun 2050 apabila kebanyakan anak-anak kita belajar dalam sistem pendidikan yang tercorot di peringkat antarabangsa, sehinggakan kerajaan terpaksa menipu untuk membuat keadaan nampak lebih baik?

Oleh kerana standard pendidikan awam yang semakin merosot, ramai ibu bapa beralih pula ke sekolah swasta atau antarabangsa untuk memberikan pendidikan yang lebih baik untuk anak-anak mereka.

Walaupun bukan sebuah negara yang kaya, Malaysia kini berada di kedudukan negara ke-8 paling mahal di dunia untuk pendidikan antarabangsa [viii]!

Jika pendidikan awam lebih baik mutunya, adakah ibu bapa akan menghabiskan begitu banyak wang untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah swasta atau antarabangsa?

Pendidikan adalah alat penyamaan kedudukan sosio-ekonomi yang hebat tetapi kita melihat satu trend bahawa anak-anak mereka yang berada dengan yang miskin sedang menjalani sistem pendidikan yang mempunyai standard yang sama sekali berbeza. Ini akan meluaskan jurang antara golongan kaya dan miskin di masa akan datang.

Mengenai pendidikan tinggi, walaupun berupaya melahirkan graduan berpendidikan tinggi dalam angka yang besar, graduan Malaysia seolah-olah tidak memenuhi permintaan pasaran kerja.

Bank Dunia melaporkan bahawa syarikat Malaysia secara konsisten menyenaraikan mencari bakat sebagai salah satu cabaran utama mereka dengan jurang kemahiran seperti kemahiran asas angka dan bahasa serta kemahiran insaniah seperti pemikiran analitikal, komunikasi, dan kemahiran menyelesaikan masalah. [ix]

Ironinya, 1 dalam 4 penuntut yang menamatkan pengajian masih menganggur selepas enam bulan tamat pengajian pada tahun 2015.

Pendek kata, universiti kita tidak dapat melahirkan graduan yang diperlukan ekonomi dan graduan tidak terlatih dengan kemahiran yang akan membolehkan mereka untuk mendapatkan pekerjaan yang baik.

Oleh itu, kebimbangan ketiga saya ialah bagaimana untuk kita mempunyai pendidikan yang menghasilkan tenaga kerja yang berdaya saing dan memangkitkan kemajuan mobiliti.

Akhir Kata

Negara kita sedang di ambang kemusnahan oleh kerana kleptokrasi dengan demokrasi yang goyah, dan kita perlu segera untuk memperbaiki ekonomi yang sedang kebekuan dengan kesenjangan yang semakin menjadi-jadi serta sistem pendidikan yang melumpuhkan.

Adakah kita benar-benar mahu bercakap tentang kesedaran sivik sebagai kebimbangang terbesar dalam soal transformasi negara? Saya tidak fikir begitu.

Rujukan:

[i] http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/khairy-malaysians-attitude-the-biggest-obstacle-to-transforming-nation
[ii] https://www.amnesty.org/en/documents/asa28/3166/2016/en/
[iii] Malaysia Economic Monitor – Immigrant Labour, The World Bank, December 2015
[iv] http://talentcorpbucket.s3-website-ap-southeast-1.amazonaws.com/assets/contentms/img/template/editor/COL%20Report%2025032016.pdf
[v] http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/what-bmw-and-perodua-sales-data-says-about-the-economy#sthash.ZeU8KDLY.dpuf
[vi] Policies urgently needed to tackle “new inequalities”, The Edge Malaysia, 1 December 2014
[vii] http://www.malaysiakini.com/news/365550
[viii] http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/12/06/malaysia-sees-improvement-in-pisa-scores/#vCcSFJF2hEm3CYTP.99
[ix] https://www.imoney.my/articles/malaysia-no-8-most-expensive-international-school
[x] Malaysia Economic Monitor – Towards Middle Class Society, The World Bank, December 2014

Rencana oleh Yeo Bee Yin, ADUN Damansara Utama, merangkap Ahli Jawatankuasa Eksekutif Sosialis Muda (DAPSY) pada hari Jumaat 10 Februari di Petaling Jaya.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next