Umno sebenarnya takut bayang-bayang Anwar | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Umno sebenarnya takut bayang-bayang Anwar

OLEH SYED BADLI SHAH B. SYED OSMAN

Merujuk kepada kenyataan Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, Setiausaha Umno Wilayah Persekutuan yang berkata pengaruh Dato’ Seri Anwar Ibrahim sudah lama terpadam sejurus beliau melangkah masuk ke Penjara Sungai Buloh adalah kenyataan orang yang amat takut kepada pengaruh Anwar.

Pengaruh Anwar bukan sahaja bertambah kuat, malah semakin melebar sejurus jasadnya dipenjarakan. Hanya mereka yang takut kepada Anwar akan berkata bahawa Anwar sudah hilang pengaruh, hakikatnya setiap pendukung perjuangan yang mahukan Malaysia lebih baik sebenarnya membawa semangat Anwar.


Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad juga secara tak langsung mengakui bahawa Anwar adalah individu yang sangat berpengaruh sebagai pemimpin pakatan harapan, kerana itu beliau memilih untuk bertemu dan berunding dengan Anwar di Mahkamah walaupun Anwar di kekang pergerakan dan masa.

Malah bukan sekali tokoh besar itu turun untuk bertemu Anwar di mahkamah, itu sudah cukup beri gambaran bahawa Anwar sentiasa relevan dalam perjuangan pembangkang walaupun berada di sebalik tirai besi.

Bancian yang dijalankan oleh Institut Darul Ehsan (IDE) pada 26 hingga 30 Ogos tahun lalu mendapati Ketua Umum Keadilan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim masih menjadi pilihan sebagai tokoh pembangkang yang mampu menjadi pemimpin Malaysia.

Dalam bancian tersebut Anwar memperoleh sokongan sebanyak 30% manakala Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir hanya mendapat sebanyak 24%, dan Presiden PAS, Tn. Guru Hj. Abd Hadi Awang hanya mendapat 14%.

Justeru itu saya simpulkan bukan Datuk Seri Syed Ali Alhabshee seorang sahaja takut dengan pengaruh Anwar yang semakin kuat dan melebar, malah seluruh Umno dan Barisan Nasional juga semakin goyah bilamana jasad Anwar yang terpenjara, tetapi semangatnya dan namanya terus diangkat dan dilaungkan.

Malah dengan kekuatan semangat itulah saya yakin akan membawa Barisan Nasional rebah pada pilihanraya umum akan datang.

* SYED BADLI SHAH B. SYED OSMAN adalah Pen. Setiausaha Angkatan Muda Keadilan Pusat Setiausaha Angkatan Muda Keadilan Selangor

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next