UNISEL, MIM terokai bidang maqasid dan perundangan Islam | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Nurul Farina Nazlan

UNISEL, MIM terokai bidang maqasid dan perundangan Islam

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 6 FEB: Pusat Kecemerlangan (COE) Universiti Selangor (UNISEL) menandatangani satu perjanjian persefahaman (MoU) dengan Institut Maqasid Malaysia (MIM) bagi meneroka kerjasama penyelidikan, latihan, penerbitan dan penterjemaham dalam bidang maqasid serta perundangan Islam.

Prof Redzuan (2)UNISEL diwakili Naib Canselor, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman, manakala MIM diwakili Pengasas dan Pengarah Eksekutifnya, Prof Dr Jasser Auda bertempat di Bilik Mesyuarat Senat, UNISEL Kampus Shah Alam, di sini, hari ini.


Ia turut disaksikan Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi serta Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Mohammad Redzuan berkata, kerjasama ini sebagai satu usaha permulaan UNISEL dalam mengembangkan ilmu Islam dan peradaban menerusi penyelidikan serta latihan secara bersama dengan pihak luar termasuk industri.

Katanya, ketokohan Prof Dr Jesser Auda sangat dialu-alukan tambahan beliau memulakan agenda yang baik itu di beberapa negara termasuk Kanada, Afrika Selatan, Mesir dan Malaysia.

“Pengalaman beliau sebagai tokoh ilmuan terkemuka dalam bidang fiqh dan perundangan Islam mampu memberi ruang kepada Malaysia menjadi hub pendidikan serta perundangan Islam terkemuka,” katanya.

-NFN-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next