Zakat On Wheels perluas khidmat | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Zakat On Wheels perluas khidmat

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 9 FEB: Zakat On Wheels (ZOW) bakal memperluaskan wilayah jajahannya ke seluruh Selangor menerusi program ‘Giant Rakan ZOW’.

Ketua Divisyen Komunikasi Korporat, Lembaga Zakat Selangor (LZS), Norajun Ainun Mohd Hashim berkata, pasar raya Giant dipilih sebagai lokasi khusus persinggahan ZOW sepanjang 2017.


Katanya, ia termasuk persinggahan ketika waktu puncak iaitu Ramadan dan Disember.

“ZOW turut memberi tumpuan kepada lokasi pasar malam terpilih dan waktu perkhidmatan bermula jam 4.30 petang hingga 11 malam.

“Antara aktiviti dijalankan termasuk sembang santai bersama pendakwah atau selebriti jemputan, ‘Busking’ dan ‘Game Show’ untuk kanak-kanak serta dewasa,” katanya kepada Selangor Kini.

Mula diperkenalkan pada 2010 dengan nama Kaunter Bergerak, ia kemudiannya dijenamakan semula dengan ZOW pada 2016.

Waktu perkhidmatan ZOW bermula dari jam 10 pagi hingga 3.30 petang.

Norajun berkata, LZS bakal menambah dua ZOW lagi tahun ini, menjadikan koleksi keseluruhan ZOW adalah tujuh.

“ZOW antara lain turut bertujuan menjalankan dakwah zakat dengan mendekati masyarakat Islam di lokasi terpilih khususnya lokasi yang jaraknya terlalu jauh dengan cawangan LZS.

“Antara perkhidmatan disediakan termasuklah perkhidmatan bayaran zakat, taksiran zakat, pertanyaan dan khidmat rundingan zakat, aduan dan penerimaan borang permohonan agihan zakat.

Untuk mendapatkan maklumat tarikh dan lokasi ZOW, orang ramai boleh layari www.zakatselangor.com.my atau hubungi Talian Zakat Selangor 1-300- 88-4343.

Sementara itu, bagi mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan ZOW bagi majlis, festival atau lain-lain boleh hubungi Abd Kharudin Mohd Zaini di talian 010-332 9001 atau 019-348 0528 atau email kahar@zakatselangor.com.my.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next