43 pelajar UPSI sertai misi Khidmat Komuniti Sosial ke Kemboja | Selangorkini


43 pelajar UPSI sertai misi Khidmat Komuniti Sosial ke Kemboja

SHAH ALAM 11 MAC: Seramai 43 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pendidikan dari Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengikuti misi Khidmat Komuniti Sosial dan Bantuan Kemanusiaan ke Kampung Keh, Daerah Tek Chi, Wilayah Kompot, Kemboja.

Program selama tiga hari mulai 24 hingga 26 Februari lalu itu merupakan anjuran bersama FPE, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Mufti Kemboja.

Delegasi ini diselia dan diiringi oleh Mejar Dr. Kamarul Bahari Yaakub, Dr. Norsamsinar Samsudin dan Dr Hariyaty Abd. Wahid.


Susulan dari kejayaan beberapa program CSR anjuran FPE di peringkat nasional, kini pelajarnya melebarkan sayap CSR ke peringkat antarabangsa.

Pengarah Program, Mohd Nizam Diran berkata, program CSR yang sebegini berupaya memberikan satu pengalaman yang sangat berharga dalam mendekati rumpun bangsa seagama yang sangat memerlukan bantuan.

Pelbagai program yang melibatkan pelbagai peringkat umur telah dijalankan.

Antaranya adalah satu rumah satu kelengkapan solat, satu murid satu kelengkapan sekolah, satu rumah satu set barang dapur, sumbangan pakaian baru dan terpakai, pembersihan dan keceriaan masjid dan kawasan perkuburan, perkongsian pengalaman amalan keusahawanan, perkongsian ilmu tentang dunia pendidikan dan cabaran semasa dengan guru-guru di sana.

Menariknya, pelajar-pelajar sekolah agama darjah 1-4 di sana mengguna pakai kitab-kitab agama daripada JAIS dan dialih bahasa Khmer.

Barang-barang keperluan dan sejumlah duit untuk pembinaan telaga adalah merupakan sumbangan dari rakyat Malaysia yang prihatin.

Manakala, perbelanjaan untuk setiap pelajar adalah melalui keuntungan daripada aktiviti perniagaan yang dijalankan semasa kelas Amalan Keusahawanan di UPSI.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Mohd Ezli Mashut


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next