Arab Saudi pintas peluru berpandu disasar ke Aramco | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Arab Saudi pintas peluru berpandu disasar ke Aramco

RIYADH 19 MAC: Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan pasukan keselamatan Arab Saudi berjaya memintas peluru berpandu yang dilancarkan pihak tertentu Yaman, awal pagi semalam.

Gabungan pasukan keselamatan diketuai Arab Saudi dalam satu kenyataan berkata, peluru berpandu itu disasarkan kepada pejabat syarikat minyak terkemuka Arab Saudi, Aramco yang terletak di bandar Jizan.

Pasukan itu berkata, peluru berpandu itu berjaya dipintas tanpa mendatangkan sebarang kematian atau kerosakan.


Sementara itu tentera Yaman berkata, jumlah kematian akibat serangan pemberontak ke atas kem tentera di wilayah Marib meningkat kepada 32 orang manakala 81 lagi disahkan cedera.

Wilayah Marib yang terletak berhampiran sempadan Arab Saudi sebahagian besarnya berjaya dikuasai semula oleh tentera kerajaan.

Sumber tentera memberitahu, serangan puak pemberontak ke atas Kem Kofel di daerah Sarwah itu dilakukan menggunakan beberapa pelancar roket dan mengenai sebuah masjid yang sesak dengan anggota tentera sedang menunaikan solat Jumaat.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next