Bee Yin beri ruang semak fail setinggi 75cm bukti ketelusan bayaran SMUE | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Bee Yin beri ruang semak fail setinggi 75cm bukti ketelusan bayaran SMUE

OLEH NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 23 MAC: Petugas media yang hadir membuat liputan sidang media di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Damansara Utama berpeluang menyemak fail setinggi 75 sentimeter berhubung bayaran khairat kematian kepada waris peserta Skim Mesra Usia Emas (SMUE).

Fail terbabit mengandungi akaun, dokumen berkaitan seperti resit bayaran bertandatangan penerima, salinan Mykad penerima dan si mati serta sijil kematian.


Ahli Dewan Negeri (ADN) Damansara Utama, Yeo Bee Yin berkata, pihak beliau tiada apa yang mahu disembunyikan daripada pengetahuan umum.

“Seperti yang saya tandakan merah pada dokumen itu adalah tarikh-tarikh itu bermaksud saya telah mengagihkan dana dan Pejabat Tanah dan Daerah telah menerima dokumen berkenaan. Dokumen itu termasuk resit ditandatangani penerima, salinan mykad pewaris, salinan mykad simati dan sijil kematian si mati.

“Semua dokumen ini kita boleh periksa. Ada dua lapis pemantauan di sini. Datuk Seri Jamal Yunos cabar saya dan apa yang anda lihat di hadapan ini semua dokumen diperlukan untuk semua pembayaran dibuat oleh pejabat saya.

“Di sini ada 12 buah fail, kalau kita susun tingginya lebih 75 sentimeter. Hari ini saya tunjukkan semua. Kita terbuka, telus dan tiada apa nak sorok di mana saya bukan sahaja boleh menunjukkan akaun tetapi juga boleh tunjuk resit setiap pembayaran yang ditandatangani penerima yang kami bayar,” katanya pada sidang media yang diadakan di sini, semalam.

Jelasnya, Jamal perlu bertindak serupa dengan menuntut supaya 1MDB mendedahkan akaun dan fail berkaitan seperti mana dilakukan terhadap isu pembayaran SMUE kepada penerima.

Katanya, tindakan Jamal menjadikan beliau sebagai sasarannya turut mengundang persoalan siapakah ‘master mind’ di belakang serangan fitnah Jamal terhadapnya.

“Saya juga tertanya-tanya, kenapa saya jadi sasaran baru Jamal. Saya tak tahu tapi apa yang saya cuma ingat pada minggu lepas saya menuntut Datin Seri Rosmah Mansor meletakkan jawatan sebagai penaung Permata tetapi saya tak tahu kebetulan atau tidak.

“Rizal Mansor, pembantu Rosmah Mansor tulis di facebook dia, ‘Tabung YAWAS DUN Damansara Utama pula apa kisahnya? Jeng jeng jeng… Selepas beberapa hari kemudian saya mula jadi sasaran Jamal. Adakah ada orang disebaliknya?,” katanya.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next