BHL juarai bola tampar MBSA Mizuna International Valleyball Championship Mayor Cup 2017 | Selangorkini


BHL juarai bola tampar MBSA Mizuna International Valleyball Championship Mayor Cup 2017

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 12 MAC: Kelab pasukan Ban bola tampar Ban Hoe Leong (BHL) dari Taiwan menjuarai Kejohanan berprestij MBSA Mizuna International Valleyball Championship Mayor Cup 2017.

Menentang pasukan Expendibles Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dipusingan akhir, pasukan itu berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 dan vaucher Mizuna bernilai RM5,000.


Di tempat ketiga dan keempat pula dimenangi pasukan Universiti Malaysia Terengganu dan pasukan Malaysia.

Walaubagaimanapun, pasukan Expandible MBSA telah menjadi johan bagi kategori Valleython Shah Alam.

Difahamkan Kejohanan tahunan itu berjaya menarik minat 48 pasukan bola tampar dari dalam dan kuar negara.

Antara penyertaan luar negara yang turut menyertai kejohanan kali ini adalah Thailand, Indonesia, Singapura dan Taiwan.

Kejohanan ini menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM25,500.

Kejohan itu juga turut mendapat tajaan vaucher barangan sukan daripada Mizuno Malaysia berjumlah RM13,500.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the author

BERITA BERKAITAN

Prev
Next