China bina stesen Terumbu Scarborough di Laut China Selatan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

China bina stesen Terumbu Scarborough di Laut China Selatan

BEIJING 18 MAC: Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan China akan memulakan kerja persiapan untuk pembinaan sebuah stesen pemantauan alam sekitar di Terumbu Scarborough di Laut China Selatan, kata seorang pegawai rasmi China.

Perkembangan itu berlaku, ketika dua senator Amerika Syarikat (AS) memperkenalkan rang undang-undang baharu untuk mengenakan tindakan di laluan perairan yang dipertikaikan itu.

China merampas terumbu strategik itu yang dituntut Filipina, pada 2012. AS sebelum ini memberi amaran kepada Beijing terhadap sebarang kerja penambakan yang sudah dilakukannya di beberapa bahagian lain di Laut China Selatan.


Minggu ini, Datuk Bandar pangkalan pentadbiran wilayah kepulauan dan terumbu dikawal Beijing di Laut China Selatan, Xiao Jie berkata, China merancang kerja persediaan tahun ini untuk membina beberapa stesen pemantauan alam sekitar di beberapa kepulauan termasuk Terumbu Scarborough.

Xiao memaklumkan kepada akhbar rasmi Hainan Daily bahawa stesen pemantauan termasuk beberapa pelabuhan dan kemudahan infrastruktur lain itu adalah sebahagian daripada usaha pemulihan dan pencegahan hakisan yang dirancang untuk 2017.

Perkembangan itu berlaku sebelum kunjungan Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson ke Beijing.

Beliau dijangka mengulangi kebimbangan Washington membabitkan pembinaan pulau oleh China.

Tillerson sebelum ini menyifatkan aktiviti itu sebagai “haram” dan pada Jun lalu, Setiausaha Pertahanan AS, Ash Carter memberi amaran tindakan untuk menambak Terumbu Scarborough akan menyebabkan tindakan AS dan negara serantau lain.

Katanya, ia bukan sahaja meningkatkan ketegangan malah semakin mengasingkan China.

Seorang jurucakap Jabatan Negara AS, Anna Richey-Allen berkata, pihaknya mengetahui mengenai laporan itu dan mengulangi gesaan supaya semua negara yang menuntut wilayah Laut China Selatan mengelak pembinaan di kawasan yang dituntut.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next