Cub Prix: Perlumbaan rasmi pertama di Litar Lumba Tangkak | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Cub Prix: Perlumbaan rasmi pertama di Litar Lumba Tangkak

SHAH ALAM 21 MAC: Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang bakal berlangsung di Litar Lumba Tangkak, Gerisik, Johor menampilkan keistimewaan tersendiri apabila menjadi perlumbaan rasmi pertama di litar milik Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada 24 dan 25 Mac ini.

Litar sepanjang 1.025km milik KBS yang siap dibina pada penghujung 2016 itu dibina mengikut spesifikasi yang disyorkan oleh Persatuan Automobil Malaysia (AAM).

Ia juga memiliki keseimbangan dari segi kelajuan dan kemahiran teknikal serta bersesuaian dengan penganjuran sukan-sukan permotoran tempatan termasuk Kejuaraan Cub Prix Malaysia.


Litar ini mempunyai laluan lurus terpanjang sejauh 290m dan mempunyai tujuh selekoh kiri serta dua selekoh kanan dimana laluan melawan arah jam akan digunakan untuk perlumbaan Kejuaraan Cub Prix Malaysia minggu ini.

“Tiga selekoh awal memerlukan kelajuan jentera manakala gabungan selekoh kiri – kanan dari selekoh 4 ke selekoh 6 dilihat sebagai faktor penting dalam menentukan kemenangan pelumba,” jelas Ketua Operasi Cub Prix, Shafry Azizan.

Perlumbaan Kejuaraan Cub Prix Malaysia dan Litar Lumba Tangkak pada hujung minggu ini turut akan dimeriahkan dengan kehadiran delegasi Persekutuan Sukan Automobil dari Turkmenistan yang akan melakukan lawatan sambil belajar tentang kemudahan litar dan pengurusan acara perlumbaan.

Sesi latihan rasmi akan bermula pada jam 9.30 pagi hari Jumaat (24 Mac) dan perlumbaan akhir akan bermula pada jam 12 tengah hari Sabtu (25 Mac).

Orang ramai boleh menyaksikan kedua-dua hari perlumbaan secara percuma. Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next