Dakwaan ancaman bom, kawalan White House diperketat | Selangorkini


Dakwaan ancaman bom, kawalan White House diperketat

WASHINGTON 19 MAC: Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS) menahan seorang lelaki yang membuat ancaman bom di satu pos pemeriksaan di White House.

Agensi Berita Antarabangsa CNN melaporkan, lelaki itu mendakwa memiliki bom dalam keretanya dan ditahan serta merta manakala keretanya dirampas. Presiden Donald Trump berada di Florida ketika kejadian.

Ekoran kejadian kawalan di White House dipertingkatkan untuk sebarang kemungkinan.


Seorang jurucakap Perkhidmatan Rahsia AS berkata, lelaki itu memandu menghala pos pemeriksaan di 15th Street dan E Street NW kira-kira jam 11.05 malam waktu tempatan (11.05 pagi waktu Malaysia).

“Lelaki itu ditahan pegawai berpakaian seragam Perkhidmatan Rahsia AS dan mengisytiharkan kenderaan dipandu lelaki itu sebagai mencurigakan.

Selaras dengan protokol, pegawai Perkhidmatan Rahsia AS meningkatkan tahap siap siaga masing-masing,” kata jurucakap itu.

Hanya beberapa jam sebelum itu, seorang lelaki lain ditahan selepas melompat dari tempat letak basikal dalam cubaan menghampiri pagar Rumah Putih.

“Lelaki terbabit ditahan dan bakal didakwa atas kesalahan jenayah,” menurut kenyataan agensi itu tanpa memberikan butiran identiti suspek.

Seorang pegawai Perkhidmatan Rahsia yang enggan dikenali berkata, lelaki itu didapati tidak memiliki sebarang senjata.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Mohd Ezli Mashut


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next