SUKANKINI

Dua bekas pemain Chelsea sertai Persib Bandung

SHAH ALAM, 30 MAC: Selepas kehadiran bekas bintang Chelsea, Michael Essien, kini kelab Persib Bandung disertai seorang lagi bekas pemain The Blues iaitu, Carlton Cole.

Pada awalnya, media republik itu melaporkan kehadiran bekas penyerang West Ham United terbabit belum diputuskan sama ada untuk menyertai Persib Bandung, namun pengurusan pasukan berkenaan memberi isyarat bahawa Cole sudah sah menjadi milik mereka, hari ini.

Memetik MalasyiaKini, akaun Twitter rasmi Persib Bandung memaparkan gambar Cole bersama pengurusan pasukan dengan memegang jersi bernombor 12 yang dimuat naik, sekali gus melenyapkan spekulasi berkenaan kehadiran pemain itu ke Indonesia.

PERSIB BANDUNG1“Wilujeng sumping (selamat datang) Carlton Cole ke Persib dan bola sepak Indonesia,” tulis twitter berkenaan.

Jurulatih Persib, Djadjang Nurdjaman berkata, Cole berada dalam radar Persib bersama penyerang Nigeria, Peter Odemwingie selepas berjaya mendapatkan Essien.

Selepas melihat rekod mereka, Djadjang memilih untuk cuba mendapatkan khidmat Cole ekoran karektor pemain berusia 33 tahun itu sangat sesuai dengan persembahan Persib Bandung.

“Sebelum ini, saya mengemukakan beberapa nama seperti Odemwingie. Bukan bermaksud secara tiba-tiba saya mahukan Cole, tetapi dia sudah dicalonkan sebelum ini.

Pemain kelahiran England itu berkhidmat bersama Chelsea pada 2001 hingga 2006 sebelum menjadi sandaran West Ham, sepanjang 2006 hingga 2015.

Cole dilaporkan tiba di markas Persib selepas selesai menjalani ujian kesihatan, hari ini.

-NFN-


Pengarang :