DUN Taman Medan laksanakan saringan dyslexia | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

DUN Taman Medan laksanakan saringan dyslexia

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 20 MAC: Seramai 100 pelajar daripada lima Sekolah Rendah Agama dan KAFA Integrasi mengambil ujian saringan anjuran Pusat Khidmat DUN Taman medan dengan kerjasama sama Persatuan Dyslexia Malaysia.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Medan, Haniza Talha berkata, ujian saringan itu diadakan khusus bagi pelajar yang mempunyai masalah dalam pembelajaran khususnya dyslexia.


Katannya, selepas ujian saringan tersebut, analisis dibuat tentang jenis permasalahan dihadapi setiap pelajar.

“Saya memberi keutamaan kepada ibu bapa yang mempunyai anak dyslexia iaitu dikenalpasti melalui ujian saringan. Selebihnya mengikut permohonan.

“Program ini dilaksanakan di DUN saya sahaja, tetapi jika terdapat permintaan tinggi daripada ibu bapa untuk jalankan saringan ini dengan lebih meluas, saya akan kemukakan cadangan agar Kerajaan Negeri untuk laksanakan di seluruh Selangor,” katanya dalam kenyataan menerusi laman facebooknya.

Haniza berkata, bagi pelajar yang dikenal pasti mempunyai dyslexia selepas melalui ujian itu, ibu atau bapa akan dijemput untuk hadiri Seminar Dyslexia pada April kelak.

“Dyslexia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira.

“Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikirannormal. Terdapat teknik pembelajaran yang mampu mengatasi permasalahan ini,” katanya.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next