Gempa bumi kuat 6.0 magnitud gegar Kepulauan Solomon | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Gempa bumi kuat 6.0 magnitud gegar Kepulauan Solomon

HONG KONG 20 MAC: Gempa bumi berukuran 6.0 melanda Kepulaan Solomon, awal pagi ini, kata Tinjauan Geologi Amerika Syarikat.

Ia berlaku pada jam 2.43 pagi waktu tempatan pada kedalaman 4.0 kilometer, kira-kira 170 kilometer ke utara timur laut ibu kota Honiara. Tiada amaran tsunami dikeluarkan, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP.

Kepulauan Solomon adalah sebahagian Lingkaran Api Pasifik, yang kerap dilanda gempa bumi dan letusan gunung berapi.


Pada 2007, gempa bumi berukuran 8.0 menggegarkan Kepulauan Solomon dan meragut 52 nyawa serta menyebabkan ribuan lagi kehilangan tempat tinggal apabila mencetuskan tsunami setinggi 10 meter.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next