Harga minyak dunia susut | Selangorkini


Harga minyak dunia susut

SINGAPURA 20 MAC: Harga minyak susut pada dagangan awal Asia hari ini berikutan aktiviti penggalian minyak di Amerika Syarikat (AS) yang semakin meningkat.

Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan ia juga didorong oleh bekalan stabil dari negara OPEC walaupun langkah pengurangan pengeluaran memberi tekanan kepada lebihan bekalan dalam pasaran.

Harga minyak penanda aras Brent susut 20 cents daripada penutup terdahulu kepada AS$51.56 setong.


Niaga hadapan minyak mentah WTI pula susut 28 cents kepada AS$48.50 setong.

Peniaga berkata, harga berada di bawah tekanan disebabkan oleh peningkatan aktiviti cari gali dan bekalan yang masih tinggi daripada OPEC walaupun ia berjanji mengurangkan hasil kepada hampir 1.8 juta tong sehari bersama-sama pengeluar lain seperti Russia.

Firma pembrokeran, CMC Market, berkata minyak mentah semakin hampir untuk mengatasi julat dagangan yang dihasilkan tahun lalu. Bagaimanapun aliran meningkat ini sudah terhenti.

“Kini, wujud momentum yang kuat dan bagus untuk aliran penurunan,” katanya.

Menurut firma perkhidmatan tenaga Baker Hughes Inc pada Jumaat lalu, pengeluar AS menambah 14 lagi pelantar minyak pada minggu berakhir 17 Mac lalu dan menjadikan keseluruhan jumlah pelantar minyak adalah 631, yang terbanyak sejak September 2015.

Hasilnya, pengeluaran minyak AS meningkat kepada lebih 9.1 juta tong sehari daripada 8.5 juta tong sehari pada Jun tahun lalu.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the author

BERITA BERKAITAN

Prev
Next