HeForShe timbul kesedaran kesaksamaan gender | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

HeForShe timbul kesedaran kesaksamaan gender

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 21 MAC: Buat julung kalinya Kerajaan Negeri sekali lagi meneruskan agenda Kesaksamaan Gender melalui kempen #HeForShe dengan mewujudkan Kelab HeForShe di bawah Institut Wanita Berdaya (IWB) yang pertama di dunia.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, melihat kepada pencapaian kempen #heforshe pada Februari lalu, Kerajaan Negeri mengangkat kempen itu diiktiraf sebagai sebuah kelab yang dipimpin pengasas RIGHTS Foundation, Yusmadi Yusoff iaitu badan memperjuangkan hak asasi manusia dan keadilan sosial sejagat.


Katanya, kelab itu sesuai diterajui oleh lelaki supaya lelaki sendiri memahami tentang keperluan dan memahami hak kesaksamaan gender bagi kaum wanita.

“Ini adalah kelab pertama di dunia yang julung kali dilaksanakan bagi mencapai kesaksamaan gender.

“Saya percaya Kelab HeForShe ini merancakkan kempen kefahaman gender dan memberi kesedaran kepada lelaki untuk melindungi, menghormati serta memperjuangkan hak wanita demi mencapai kesaksamaan gender,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada SelangorKini selepas Majlis Sambutan Hari Wanita Sedunia 2017 peringkat Kerajaan Negeri di Geno Hotel Subang Jaya, semalam.

Katanya, kelab yang bertemakan #BeBoldForChange atau #BeraniUntukBerubah mengajak semua pihak untuk berani membuat perubahan di semua peringkat

Sementara itu, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata, kempen itu pada asalnya diilhamkan oleh Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sendiri.

“Setelah meilihat ada keperluan kempen ini terus diangkat dengan mewujudkan satu gerakan bagi memperkasakan wanita.

“Objektif utama kelab ini adalah untuk mereka khususnya kaum lelaki peka kepada isu kaum wanita untuk mengelak kaum wanita terus didiskriminasikan,” katanya.

Dalam pada itu, Daroyah berkata, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM1 juta setahun bagi menggerakkan IWB yang berperanan membantu dalam menggubal dasar dan kajian khusus berkaitan wanita.

Difahamkan, kelab HeForShe diperuntukkan di bawah IWB bagi menggerakkannya.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next