Jom sertai Kem Alam Sekitar 2017 | Selangorkini


Jom sertai Kem Alam Sekitar 2017

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 19 MAC: Sempena cuti persekolahan, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengalu-alukan 100 pelajar sekolah berumur 9 hingga 15 tahun menyertai Kem Alam Sekitar Tahun 2017.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, Shahrin Ahmad berkata, ia dijadual berlangsung pada 22 hingga 24 Mac ini (Selasa hingga Jumaat) bertempat di Taman Botani Negara, Bukit Cerakah, Shah Alam.


Katanya, program kali kedua ini bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan menjaga dan memulihara alam sekitar.

“Program ini juga merupakan inisiatif MBSA memupuk sikap cinta dan memelihara alam sekitar sebagai salah satu aspek penting di dalam kehidupan harian.

“Ia mengetengahkan tiga modul latihan dalam kumpulan dan empat modul sukan lasak di mana aktiviti sukaneka juga akan turut diselitkan bagi memeriahkan program ini,” katanya dalam kenyataan.

Antara pengisian program sepanjang tiga hari dua malam ini adalah penyediaan Modul seperti Memasang Khemah dan Kraf Perkhemahan, Pembinaan Organisasi Harapan, Ikhtiar Hidup , Outdoor NATURE Adventure Program : Jungle Tracking, Night Walk, dan sebagainya.

Shahrin berkata, peserta juga diberikan pendedahan berkaitan pengurusan kitar semula dan topik berkaitan dengan pemuliharaan alam sekitar.

Katanya, program ini turut menekankan amalan bekerjasama di antara satu sama lain di samping memupuk sikap berdisiplin dan membentuk jati diri.

“Ia merupakan komitmen berterusan MBSA mempromosikan aktiviti kitar semula agar dapat diterapkan dalam kalangan generasi muda.

“Program ini juga dapat melahirkan generasi muda berketerampilan dan berani sesuai dengan peranan generasi muda yang bakal menjadi perintis kepimpinan negara,” katanya.

Untuk sebarang pertanyaan berhubung program ini,orang ramai boleh hubungi Pegawai Kawalan Alam Sekitar, Rohaizat Mohd Noordin di talian 03-5519 6402.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Mohd Ezli Mashut


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next