Kadar lulus pinjaman perumahan 73.8% pada 2016 | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Kadar lulus pinjaman perumahan 73.8% pada 2016

SHAH ALAM 19 MAC: Kadar kelulusan pinjaman perumahan oleh bank Malaysia adalah sebanyak 73.8 peratus pada tahun lalu.

Persatuan Bank-bank Malaysia (ABM) berkata kadar itu meliputi pinjaman perumahan yang diluluskan bank dan diterima oleh pemohon, termasuk sudah lulus tetapi kemudian dibatalkan.

“Bank biasanya tidak merangkumkan permohonan dengan dokumen yang tidak lengkap ketika mengira kadar kelulusan/penolakan,” menurutnya dalam satu kenyataan.


Kenyataan itu dikeluarkan bagi menjelaskan komen terkini mengenai perbezaan statistik membabitkan kadar penolakan pinjaman perumahan antara bank dan pemaju, yang sememangnya dijangka, memandangkan pendekatan perangkaan berbeza yang digunakan oleh setiap industri.

Menurut ABM, peminjam mempunyai peluang kejayaan jika permohonan itu mengambil kira kelayakan berdasarkan pendapatan sedia ada, perbelanjaan dan komitmen bayaran balik pinjaman lain.

Katanya, pemohon juga dinasihatkan supaya tidak mengambil kesempatan dan perlu membuktikan mereka berupaya untuk membuat pembayaran balik bulanan.

“Peraturan umumnya menyebut, ansuran bulanan pinjaman perumahan dan komitmen hutang lain seperti sewa beli pembiayaan, tidak boleh melebihi 40 peratus kepada jumlah pendapatan kasar,” katanya.

Faktor lain yang menyumbang kepada peluang kejayaan tinggi ialah rekod kredit baik, serta maklumat lengkap dan tepat berhubung kedudukan kewangan pemohon apabila memohon pinjaman rumah.

ABM menambah, walaupun wujud pelbagai produk pinjaman rumah disediakan di pasaran, pelanggan perlu mengenal pasti kelebihan pinjaman berguna untuk mereka sebelum memilih produk pinjaman perumahan.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next