Kelantan isytihar H5N1 bencana negeri | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Kelantan isytihar H5N1 bencana negeri

KOTA BHARU 15 MAC: Kerajaan Kelantan mengisytiharkan wabak selesema burung (H5N1) sebagai bencana negeri berikutan wabak itu merebak di 2 lagi jajahan, iaitu Bachok dan Pasir Puteh, selepas Kota Bharu dan Pasir Mas, kata exco negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, keputusan itu dibuat di mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini mengikut Perintah Majlis Keselamatan Negara 20 (MKN 20).

“Berikutan keputusan tersebut, semua agensi yang berkaitan akan digerakkan untuk mengambil pelbagai langkah pencegahan bagi mengelakkan wabak selesema burung itu atau H5N1 itu terus merebak,” katanya selepas mesyuarat di Kompleks Kota Darul Naim di sini, lapor BERNAMA.


Virus H5N1 yang menyerang unggas itu dikesan di Kampung Pulau Tebu, Tunjong, pada 6 Mac lalu setelah beberapa ekor ayam kampung mati.

Che Abdullah berkata, wabak berkenaan merebak dengan cepat meskipun kerajaan negeri menerusi Jabatan Perkhidmatan Veterinar sudah mengambil langkah awal, sebaik ia disahkan positif di Kampung Pulau Tebu.

“Dua kawasan terbaru yang dikesan adalah di Kampung Dusun Durian, Bachok dan Kampung Bukit Merbau, Pasir Puteh. Kota Bharu menjadi jajahan paling terjejas membabitkan 18 kampung setakat ini,” katanya.

Sehingga kini, katanya, sebanyak 23,768 unggas dan 881 telur dimusnahkan membabitkan 129 premis sebagai langkah pencegahan.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next