Kemudahan sukan di UNISEL ditambah baik jadi pusat latihan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Kemudahan sukan di UNISEL ditambah baik jadi pusat latihan

OLEH HAFIZAN TAIB

BESTARI JAYA, 18 MAC: Proses penambahbaikan kemudahan sukan di Universiti Selangor (UNISEL) di sini dirancang supaya ia dapat menganjurkan pelbagai kejohanan utama selain digunakan sebagai pusat latihan sukan.

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata UNISEL mempunyai kemudahan diperlukan daripada pelbagai aspek bagi tujuan itu namun memerlukan kerja baik pulih ekoran kebanyakannya sudah melebihi 10 tahun.


Katanya, dengan peningkatan dan penambahbaikan itu memberi kelebihan kepada universiti bagi menganjurkan pelbagai kejohanan seperti Kejohanan Sukan Antara Fakulti Kali Kedua Unisel 2017.

“Ia kejohanan baik namun kemudahan sukan yang ada di sini lebih 10 tahun maka saya perlu berbincang dengan pihak Dato’ Menteri Besar untuk melihat bagaimana ia boleh dibaik pulih.

“Secara tidak langsung (apabila ditambah baik) ia boleh dijadikan sebagai pusat latihan sukan pada masa depan untuk pihak seperti Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS),” katanya kepada SelangorKini selepas merasmikan kejohanan itu di sini, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, UNISEL melalui proses perkembangan yang membanggakan dengan kewujudan pusat latihan kayak yang sudah terbina di universiti berkenaan.

“Kita sudah membuat satu pusat latihan kayak dan akan diperbanyakkan lagi dalam perancangan masa depan,” katanya.

Kejohanan Sukan Antara Fakulti Kali Kedua Unisel 2017 berlangsung di Kompleks Sukan Unisel di sini.

Ia disertai Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat serta Fakulti Pembangunan Pengajian Asasi.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next