Komuniti Taman Universiti Utama raih naib johan | Selangorkini


Komuniti Taman Universiti Utama raih naib johan

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 18 MAC: Komuniti Taman Universiti Utama, Jalan Kebun berjaya mendapat tempat kedua Kategori Sungai pada Majlis Penyampaian Hadiah Program Pantai Dan Sungai Angkat Negeri Selangor 2016, baru-baru ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, Shahrin Ahmad berkata, antara aktiviti dilaksanakan di kawasan itu adalah kebun kejiranan, laman herba, kebun komuniti, penternakan ikan dan sebagainya.


Katanya, Projek Transformasi Taman Universiti Utama yang melibatkan penyertaan penduduk taman membolehkan komuniti setempat berinteraksi dan mengadakan aktiviti komuniti di kawasan berkenaan.

“Program Sungai Dan Pantai Angkat Negeri Selangor 2016 merupakan salah satu inisiatif bagi memupuk kesedaran dalam kalangan komuniti untuk menjaga kebersihan persekitaran pantai dan sungai.

“Ia juga bertujuan memastikan keadaan persekitaran sungai dan pantai bersih, cantik serta usaha mengindahkan sungai dan pantai dilaksanakan secara berterusan,” katanya dalam kenyataan.

Berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam, anugerah diterima Pengerusi Taman Universiti Utama, Zulkepli Md Salleh dan Ahli Majlis MBSA Zon 11, Imran Satiman.

Program berkenaan merupakan anjuran Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna dengan kerjasama Lembaga Urus Air Selangor.

Taman Universiti Utama merupakan kawasan kejiranan seluas tiga ekar terletak di Kampung Lombong, Seksyen 30.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Mohd Ezli Mashut


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next