Konvensyen warga FELDA: Permulaan sebuah pembaharuan | Selangorkini


Konvensyen warga FELDA: Permulaan sebuah pembaharuan

OLEH SYED IBRAHIM SYED NOH

Sebagaimana yang dimaklumkan lebih kurang tiga minggu lalu, satu Konvensyen Warga Felda akan diadakan pada 19 Mac 2017 di Shah Alam, Selangor.

Konvensyen yang bertemakan ‘Kelangsungan FELDA Melalui Pengupayaan & Pendidikan’ anjuran Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Selangor dengan kerjasama Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) dan Pakatan Harapan.


Hari ini kami ingin memaklumkan perkembangan dan persediaan yang telah dilakukan.

Namun izinkan saya terlebih dahulu menjawab balas beberapa pandangan yang diberikan oleh pengkritik Konvensyen berkenaan.

Pertama, Pengarah Besar Felda iaitu Datuk Hanafi Suhada berkata penggunaan nama Felda boleh mengelirukan.

Sebagai mana jawapan Sdr Mazlan Aliman, lihatlah kepada inti atau substance dan bukan pada nama.

Tiada sebab Konvensyen boleh mengelirukan malah sebaliknya Konvensyen boleh memberi pencerahan utk warga peneroka dan semua pihak termasuk kerajaan, pengurusan Felda dan rakyat.

Sebab itu amat benar bahawa Felda sebenarnya milik semua dalam erti kata memastikan Felda berada di landasan yang betul.

Dalam konteks ini, Saudara Lim Kit Siang turut menyoal jika sekiranya pihak Felda dan kerajaan benar-benar prihatin akan masalah peneroka maka mereka juga patut hadir Konvensyen.

Kedua, Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad berkata tujuan Konvensyen bermotif politik dan untuk menghasut serta membenci kerajaan. Malah Pengerusi Kami Anak FELDA Wilayah Kuantan menuduh Konvensyen didalangi DAP.

Kritikan begini menunjukkan sikap angkuh, sempit dan berbaur perkauman oleh kerajaan di bawah Umno BN. Bahkan lebih malang lagi ia seolah-olah memperkecilkan kebijaksanaan warga peneroka untuk menilai sendiri niat dan tujuan Konvensyen.

Bagaimanapun, saya sambut baik pandangan Timbalan Presiden PAS. Mereka alu-alukan penganjuran Konvensyen walaupun tidak akan turut serta.

Kerajaan Umno BN dan FELDA seharusnya berterima kasih dengan mana mana penganjuran yang dibuat, contohnya; Konvensyen Warga Felda ini akan melibatkan golongan profesional, pengamal undang – undang, pakar ekonomi, aktivis peneroka dan lain lain.

Antara agenda yang akan dibincangkan nanti termasuk hak peneroka, isu-isu perundangan, isu-isu tatakelola (FGV), perumahan generasi kedua, GSA, pendidikan), penceritaan permasalahan yang dihadapi oleh warga FELDA sekarang dan diakhiri dengan 10 resolusi Pakatan Harapan hasil dapatan daripada Konvensyen ini untuk FELDA.

Oleh yang demikian, Pakatan Harapan bersetuju bahawa perlu ada satu platform iaitu Konvensyen Warga FELDA.

Apa yang penting ialah suatu penyelesaian tuntas wajib dicari untuk mengembalikan Felda kepada idealisme dan tujuan asal kewujudannya.

Hadirlah ke Konvensyen Warga Felda 19 Mac 2017 (Ahad ini), bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam Selangor.

Setakat hari ini, sambutan yang amat baik diterima daripada warga FELDA untuk hadir ke Konvensyen ini, dianggarkan sejumlah 800 peserta FELDA akan hadir daripada seluruh negara (Negeri Sembilan, Pahang, Johor, Perak, Kelantan, Terengganu, Kedah) dan ini tidak termasuk generasi FELDA yang berada di sekitar Lembah Klang.

Kepada warga FELDA dan mereka yang prihatin dengan permasalahan ini untuk bersama-sama merubah kembali FELDA yang ada sekarang ke landasan yang betul untuk melihat FELDA bukan sahaja sebagai simpanan tetap tetapi sebagai satu tanggungjawab dan amanah.

FELDA yang sekarang, bukan yang dulu!

* Syed Ibrahim Syed Noh adalah Bendahari Konvensyen Warga FELDA 2017
Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Mohd Ezli Mashut


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next