Selangorkini
BERITA UTAMA PENDIDIKAN

KUIS latih graduan dai’ ulama dan umara

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 27 MAC : Seramai 181 pelajar KOVAJ mengikuti Program Kem Jati Diri dan Kepimpinan anjuran mahasiswa juga mahasiswi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), pada 24 Mac lalu.

KUIS dalam kenyataannya di Facebook memaklumkan, penganjurann itu sebagai sebahagian inisiatif pihaknya menerapkan sentimen positif dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi.

KUIS (3)“Antara objektif program adalah untuk menerapkan nilai positif yang perlu ada dalam diri seorang remaja kerana untuk menjadi hebat mereka perlu hidup berlandaskan syariat bukan hanya fokus pada matlamat fizikal sahaja tetapi pengisian spiritual juga.

“Penganjuran program ini diwujudkan bagi memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi KUIS untuk berhubungan dengan komuniti luar selain meningkatkan keyakinan sertakeupayaan untuk menjadi Dai’ Ulama dan Umara,” kata kenyataan itu.

Program motivasi itu mengetengahkan tema ‘Remaja Hebat Hidup’ selain turut mengetengahkan pengisian aktiviti seperti Latihan Rekreasi Minda, ‘Islamic Fantastic Race’, Pening lalat, Malam Kebudayaan, Muhasabah diri dan ‘Heart to Heart’.

“Secara keseluruhannya, program ini banyak memberi impak positif bukan sahaja kepada peserta tetapi juga kepada fasilitator.

“Objektif asas program berjaya dicapai dan diharapkan impak program dapat membuka pandangan baru dalam diri remaja untuk menjadi seorang pelajar, ahli masyarakat serta pemimpin yang hebat,” katanya.

KUIS (1)Dalam perkembangan berlainan, KUIS bakal menganjurkan Persidangan Antarabangsa Tokoh Ulama Melayu Nusantara 2017 (PAnTUMN2017). pada 26 April 2017 ini.

Program anjuran bersama Jabatan Agama Islam Selangor itu turut mendapat sokongan sepenuhnya pertubuhan IAIN Selangor dan terbuka kepada individu setempat.

Untuk makluman, orang ramai boleh menghubungi talian 03-89117000 atau di Facebook rasmi KUIS untuk maklumat lanjut.

-NFN-


Pengarang :