Lagi Projek Rumah Selangorku dilancar, tawar harga berpatutan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Lagi Projek Rumah Selangorku dilancar, tawar harga berpatutan

OLEH AFIX REDZUAN

SUBANG JAYA, 21 MAC: Sime Darby Property melancarkan projek Rumah Selangorku kedua di Selangor yang dinamakan Pangsapuri Harmoni di Putra Heights.

Pembangunan empat blok kediaman berjumlah 1,700 unit di lokasi strategik ini menawarkan dua jenis rumah Jenis C1 berkeluasan 800 kaki persegi dan Jenis D berkeluasan 1,000 kaki persegi.


Sime Darby Properties menawarkan harga berpatutan antara RM170,000 hingga RM270,000 di lokasi strategik yang mempunyai anggaran nilai pembangunan kasar berjumlah RM359 juta.

Projek ini bakal bermula pada April 2017 dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

Majlis perasmian disempurnakan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sambil diiringi Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad, Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Norzaton Aini Mohd Kassim dan Pengarah Urusan Sime Darby Property Berhad, Dato’ Jauhari Hamidi.

Rumah SelangorkuHadir sama Ahli Lembaga Pengarah Sime Darby, Tengku Datuk Seri Ahmad Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Pangsapuri Harmoni 1 turut dilengkapi tempat letak kereta lima setengah tingkat, dua pondok pengawal, sebuah dewan orang ramai dan sebuah kawasan hijau bagi aktiviti kemasyarakatan.

Sementara itu, Mohamed Azmin dalam ucapannya berkata Kerajaan Negeri akan terus menyatakan sokongan kepada Sime Darby Properties yang selama ini mempunyai reputasi cemerlang dalam membangunkan projek hartanah di Malaysia.

“Kerajaan Negeri akan mendukung dan menyokong Sime Darby Property dalam usaha mereka untuk membina lebih banyak rumah mampu milik.

“Sime Darby Properties mempunya reputasi cemerlang kerana produk mereka berkualiti dan terjamin untuk masa depan,” katanya.

Beliau menyifatkan keputusan Sime Darby Properties untuk melabur di Selangor merupakan satu keputusan tepat dan strategik kerana status Selangor sebagai sebuah negeri termaju serta penyumbang terbesar kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next