Lebih 600 semarak larian UNISEL di SEPANG | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Lebih 600 semarak larian UNISEL di SEPANG

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 11 MAC: Lebih 600 peserta menyertai Larian Universiti Selangor (UNISEL) 2017 yang diadakan bermula di Tapak Pasar Pekan Salak, hari ini.

Pengarah Komunikasi Korporat, Hasril Abu Hassan berkata, larian julung kali dianjurkan oleh UNISEL itu mendapat sambutan yang amat meriah bukan sahaja daripada peserta dalam negara malah luar negara.


Katanya, larian itu turut disertai oleh pengurusan tertinggi UNISEL.

“Flag off disempurnakan oleh Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman.

“Flag off pertama adalah pada jam 8 pagi bagi kategori 10km manakala bagi kategori 5km pula dilepaskan setengah jam kemudian,” katanya di program terbabit.

Hasril menyifatkan larian itu mencapai matlamat untuk mempromosikan universiti terbabit secara dekat kepada masyarakat.

Peserta pertama yang tiba ke garisan penamat seterusnya dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama adalah pelari daripada kategori 10km Terbuka Lelaki, Peetha Kiruva.

Pemenang bagi kategori 10km Terbuka Wanita pula dimenangi oleh Irene Mugaka. Bagi kategori Veteran Lelaki dimenangi oleh Talha Mohammad Nawi dan bagi kategori Veteran Wanita pula dimenangi oleh Annie Lee Khum Chien.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Hadir sama, Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Pelek, Lai Nyuk Lan.

Presiden dan Naib Canselor UNISEL turut menyampaikan sumbangan geran biasiswa pengajian kepada dua buah sekolah iaitu Kolej Vokasional Sepang dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 10, Kota Damansara bagi sekolah yang menghantar penyertaan terbanyak.

Biasiswa pengajian terbabit ditaja sepenuhnya oleh Kumpulan Media Karangkraf.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next