Lee Chong Wei juara Seluruh England 2017 | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Lee Chong Wei juara Seluruh England 2017

SHAH ALAM 12 MAC: Jaguh badminton perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei merampas gelaran juara All England 2017 apabila menundukkan pemain China, Shi Yuqi dengan melalui dua set permainan.

Chong Wei menumpaskan Shi Yuqi pada set pertama dengan kedudukan 21 – 12 dalam tempoh masa kira-kira 18 minit.

Pada set kedua Chong Wei menundukkan lawannya dengan mata 21-10 dalam tempoh masa 26 minit.


Kemenangan itu melakar sejarah apabila ia adalah kali keempat Chong Wei meraih gelaran juara Seluruh England yang kali terakhir dimenanginya adalah pada 2014.

Chong Wei sudah tiga kali menjuarai Seluruh England iaitu pada tahun 2010, 2011 dan 2014.

Dengan empat kemenangan selaku pemain perseorangan lelaki di Seluruh England, Chong Wei kini menyamai pencapaian yang pernah dilakar legenda badminton negara, mendiang Datuk Eddy Choong yang meraih kejuaraan sama pada 1953, 1954, 1956 dan 1957.

Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England juga dikenali sebagai All England ialah salah satu kejohanan badminton paling lama dan berprestij di dunia.

Kejohanan itu bermula pada tahun 1899 sebagai Kejohanan Terbuka Inggeris, kejohanan ini telah dimainkan di tujuh lokasi berbeza.

 

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next