Selangorkini
BERITA UTAMA SELANGOR

MB kayuh basikal terjah Kuala Selangor

OLEH ERMIZI MUHAMAD

KUALA SELANGOR, 25 MAC: Tradisi turun padang mendekati masyarakat seluruh negeri diteruskan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menerusi program beliau ke daerah Kuala Selangor, pagi ini.

IMG_0857Menariknya, Mohamed Azmin melakukan tinjauan masyarakat setempat dengan mengayuh basikal sekitar bandar daerah itu kira-kira lima kilometer.

Beliau ditemani Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Noordin Sulaiman.

Turut mengiringi beliau, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor, Mohd Azhar Mohamed Ali.

Lawatan Mohamed Azmin di sini sebagai rangka kerja program Tanam Pokok Negeri Selangor 2017, di Taman Alam Kuala Selangor.

Pada masa sama, DYMM Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah turut mencemar duli hadir ke majlis perasmian program itu.

Program Tanam Pokok Negeri Selangor 2017 adalah inisiatif Kerajaan Negeri menggalakkan pertumbuhan hijau di Selangor.

-NFN-


Pengarang :